Friday, September 27, 2013

Keluarkan potensi diri

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang Sabtu 28.9.2013. Akhirnya berjaya juga saya kukus pulut agar gebu dan cantik. Dalam banyak perkara, tanak pulut adalah salah satu perkara yang saya belum lulus. Bukan lulus sebenarnya, cuma latihan sahaja kurang. Maksudnya saya pernah tanak pulut tetapi tak menjadi. Mungkin sukatan, api dan sebagainya.

Sejak semalam saya mahu makan pulut ikan kering yang gebu. Nah mudha sahaja rupanya.

Bahan-bahan
1. Setengah kg pulut gred A
2. Beberapa helai daun pandan
3. Garam 1 sudu
4. Minyak dua sudu


Cara buat
1. Rendam pulut 20 hingga 30 minit. Masukkan garam dan biarkan sebentar.
2. Panaskan pengukus. Apabila air sudah mendidih, masukkan pulut yang sudah direndam tadi. Masak anggaran 10 hingga 15 minit.
3. Angkat ambil pulut dan masukkan dalam bekas berasingan. Renjiskan minyak tadi. Gaul dan kacau sebati.
4. Kukus pulut sebentar 5 hingga 10 minit, atau nampak macam sudah gebu dan masak. Jika nampak kering, renjiskan air.  Nah tudia pulut gebu, berminyak dan cantik sekali. Angkat dan hidangkan. 


Punyalah lama saya mencari, rupanya mudah sahaja dong. Semuanya boleh asalkan kita rajin dan buat dan buat semula menggunakan teknik yang betu.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin