Thursday, September 26, 2013

Kosongkan fikiran-terapi diri

Teks: Masayu Ahmad





Sudah Jumaat di sini, cadangnya mahu tanak pulut dan ikan kering. Sejak semalam lagi, juga mahu cari buah dokong. Pokok dokong belakang rumah belum berbuah lagi. Anak-anak kembali lena usai subuh. Saya? Masih lagi berjuang di depan pc. Alhamdulillah, beberapa cover ebook sedang dibuat.

1. Diari hamil, 35 minggu terindah.
Panduan lengkap kehamilan. Ya, antara ruangan tetap terawal saya di majalah Mingguan Wanita dulu adalah ruangan pengalaman bersalin, kesihatan dan kecantikan. Ini ruangan kesayangan saya, dan banyak mengumpul informasi tentang kehamilan. Saya realisasikannya dalam bentuk ebook padat, bersumberkan bahan sedia ada dan juga pertambahan idea yang baru lagi segar. Ebook ini kelak akan dipadatkan lagi dengan informais lengkap bergambar. Insya-Allah.

2. 44 hari berpantang tradisional dan moden.
Ya, dalam ruangan kesihatan dan kecantikan itu juga saya menjelajah dari satu spa ke spa yang lain. Menemuramah doktor, bidan, ahli farmasi dan juga pakar pemakanan. Jadi saya gabungkan semua idea sedia ada, juga pengalaman bersalin 4 anak, ini sangat membantu. Banyak bahan sejak dulu saya kumpulkan. Ebook ini adalha panduan lengkap berpantang sama ada secara normal, pembedahan, tradisional atau moden.

3. 44 reisipi sihat dan pantang.
Ya, juga gabungan pelbagai resipi warisan dari pelbagai negeri, dan juga resipi moden yang sihat boleh diambil semasa hamil dan juga pelbagai pilihan semasa pantang.

4. Panduan lengkap penjagaan bayi 1 hari hingga 6 bulan. Ini sesuai untuk ibu muda. Insya-Allah.

Sedang disunting.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Melalui ebook ini bonusnya boleh menyiapkan ebook menggunakan teknik blog. Saya sudah menyudahkan lebih 15 manuskrip hanya menggunakan blog. Ia adalah latihan dan disiplin yang bagus untuk orang sibuk. Ebook ini juga adalah ebook rujukan rasmi untuk kelas asas blog dan penulisan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin