Thursday, September 19, 2013

5 tips kekalkan momentum segar sebagai suri bekerja di rumah

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah sekarang www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum w.b.t

Nyaman pagi 19.9.2013, alhamdulillah. Pagi ini mencari nasi kerabu daging bakar, sebelum itu pergi hantar dahulu bekal sekolah Hakim, tertinggal duit. Sekarang duduk sekejap siapkan senarai, sebelum selesaikan kain di jemuran.

Penangan Monday blues
Iya, surirumah pun kadangkala ada juga datang mood malas, lemau dan sebagainya. Cuma yang syoknya tak perlu fikir apa-apa, kalau tak nak buat tinggalkan dahulu rutin bosan dan malas itu. Tidak mengapa, itu adalah normal. ;P

Tapikan hari ini di sini sudah Khamis, semalam saya hanya keluar hantar barang dan singgah beberapa lokais penting sahaja. Satu hari tidak aktif sangat di fb, biasanya kalau esok cuti tumpuan keluarga mestilah lah di rumah kan. Macam mana mahu cari kesegaran dan motivasi diri.

1. Rehat dan santai
Sesekali apabila sudah terlalu penat, bolehlah pilih mana-mana hari lupakan segala urusan kerja. Sudah penat masanya untuk berehat. Tutup mata dan tolak ketepi semua senarai kerja.

2. Buat dulu sebelum sampai masa
Biasanya, antara paling kita 'malas' apabila rutin harian pakaian, urus rumah, urus kerja, urus anak-anak. Ia datang dan datang setiap hari, kita tak boleh menolak, ini aktiviti rutin mahu atau tidak buat juga. Biasanya bagi ibu-ibu yang super rajin, akan menyiapkan lebih awal. Bagi ibu-ibu yang tak berapa rajin seperti saya akan pelbagaikan jadual fleksibel. Semalam satu hari mengemas rumah sahaja, buang mana patut, hati rasa lapang. Sebelum datang Jumaat, selesaikan. Jadi hari cuti boleh fokus bersama anak-anak. Pun begitu saya bertuah en.suami banyak membantu. Walau ada di rumah masih tetap tidak menang tangan.

3. Kesegasarn suasana, ubah soho
Saya ini juga mudah jemu, untuk 10,11,12 ini saya betul-betul mahukan suasana baru. Jadi alih dan ubah lagi meja kerja. Ubahsuai ringkas, kemaskan bilik kerja, ia bagus untuk momentum baru.

4. Santai pagi hari
Sebelum mula, saya akan menikmati apa makanan enak yang boleh memberi kenikmatan pagi tersebut. Ia juga kesegaran santai untuk minda dan diri. Kita bekerja dan berusaha keras setiap hari, haruslah hadiahkan diri sendiri dahulu kan.

5. Hadiahkan apa yang kita mahu
Setelah berpenat lelah, usahakan untuk berikan penghargaan kepada diri sendiir. Kalian sudah tentu tahu apa yang dinginkan, jadi berilah dan rai diri sendiri. Tak perlu tunggu orang lain. ;)

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin