Tuesday, September 3, 2013

Masa fleksibel itulah matlamat sebagai wahm soho

Teks: Masayu Ahmad
mula rancang bekerja dari rumah sekarang, tidak kira sambilan sebelum sepenuh masa, mula di sini ya
www.janawangdirumah.com dapatkan naskah rujukan kalian.

Ok, baik alhamdulillah, alhamdulillah atas nikmat dan rezeki yang maha luas, maha tidak kita ketahui ia datang. Ya Allah ampuni kami, ampuni ke dua ibu bapa kami dan ke dua mertua kami.

Semalam Hakim menunjukkan laporan kemajuan kelas kafa, syukur untuk subjel al-quran, tajwid dengan cemerlang sekali iaitu 98 dan 95. Manakala subjek lain masih lagi tidak mencapai apa yang saya kehendaki. Saya juga sedar akan kelemahan saya sendiri, tidak ada masa untuk Hakim. Saya cukup lengkap untuk set ulagkaji, tetapi asyik bertanggung untuk ulangkaji bersam abe Hakim.

Untuk kelas mengaji, memang saya mencari ustaz khusus, iaitu mengaji dan ulangkaji dan penekanan dengan ustaz yang mengajar tahfiz  berdekatan dengan kediaman kami. Manakala untuk Aiman dan Arif juga ada tiga yang mengajar. Iaitu di dalam kelas bersama cikgu Yan, dan kemudian ulangkaji lagi bersama cikgu Moh, manakala malam hari akan bersama pula dengan ustaz tahfiz.

Banyak kali saya ulang dan ulang dengan anak-anak, kalian perlu mulakan dengan al-quran dan fasihkan. Kemudian barulah subjek lain. Apabila al-quran dalam dada, insya-allah yang lain akan mudah sekali. Impian saya, adalah anak-anak ini dapat menyambung pelajaran di tahfiz sains, ada beberapa lokasi yang menjadi sasaran saya.

Cermin diri

Pun begitu, saya masih cermin diri, atas usaha yang masih terhad dan juga saya sebagai ibu yang banyak compang camping dalam pendidikan awal anak-anak, saya juga masih belajar dan belajar. Dan menjelang suku tahun ini, masa saya lebih fleksibel berbanding setahun lepas dan awal tahun ini.

Harapnya tahun ini saya lebih dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Walaupun saya juga teruja dengan Arif yang secara rasminya setiap hari menjadi imam di kelasnya, untuk zuhur dan asar, juga sudah naik quran besar. Ia belum cukup, kerana sebelum itu saya mensasarkan sebelum usia 7 tahun sudah habis dan khatam.

Akan tetapi selepas mendengar penjelasan ustaz yang mengajar di tahfiz itu saya menerima dengan hati terbuka. Katanya, biarlah perlahan, asalkan bacaannya, sebutannya, tajwidnya adalah betul. Hasilnay memang ya, untuk kertas quran dan tajwid Hakim cemerlang sekali. Juga pengajian di bawah beberapa ustaz dan ustazah membantu anak-anak belajar dari pelbagai pendekatan dan ulangkaji secara bertereusan.

Alhamdulillah, maka yang mana kekuarangan yang lain, saya boleh menampung sendiri di rumah. Yang lain saya serahkan kepakaran kepada tenaga pengajar.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin