Wednesday, September 18, 2013

10 alasan bekerja dari rumah.

Teks: Masayu Ahmad

Hari ini dan esok saya masih dalam mood bekerja, orang lain beraya saya perlu tekun lagi menyiapkan manuskrip. Terima kasih atas undangan rumah terbuka. Nampaknya saya perlu menyiapkan kerja barulah tenang berkunjung ke rumah rakan taulan.

Tengok macam mana jadual kerja. Hari ini dan besok sudah tentu kalian juga mendapat undangan. Hari ini tidak memasak lagi, cukup sekadar alas roti dan kopi radix sebagai tenaga untuk mengemas rumah. Alhamdulillahh dua gunung everest berjaya selesaikan. Selepas pulang dari kampung, tubuh memang lesu untuk mengemas rumah. Saya selesaikan berdikit-dikit. Mahu dikerjakan sekaligus memang tercungap dibuatnya.

Nasib baik dalam usia sebegini masih diberi kekuatan tenaga, ketahanan mental yang paling penting. Perjuangan dalam karier juga imbangan dalam rumah tangga. Bukan sedikit, tetapi perlu berada dalam emosi selesa apabila berhadapan timbunan tugas yang banyak, kerja mahupun urusan rumah tangga. Tambahan pula tiada pembantu, tidak boleh sesenang hati bersenang-lenang. Tetapi jika penat sangat dan tidak terdaya, saya tutup mata rehatkan sahaja badan.

Seronok berada di rumah, tetapi...

Perlu menangguhkan dahulu keseronokan jangka masa pendek demi kenikmatan jangka masa panjang. Dalam mengharungi dan menghampiri dua tahun bertukar status wanita bekerja dari rumah, tinggal sedikit sahaja lagi kunci kebebasan sebenar yang akan menghampiri. Satu langkah sudah saya dapat, hanya satu langkah sahaja lagi. Masih bertarung dengan usaha dan harapnya usaha ini mendapat keberkatan dan restu dari Maha Agung.

10 alasan popular untuk berada di rumah yang mana saya sudah saya dapat

1. Masa kerja fleksible- sangat setuju, walaupun penat saya boleh memilih waktu dan hari bekerja mengikut produktiviti yang saya suka.

2. Tiada kesesakan jalan raya- Sudah dua tahun saya menikmati, bangun pagi dan tidak gesa-gesa meninggalkan anak-anak di rumah pengasuh.

3. Memasak- Walaupun kadangkala, jika hari sibuk saya ada juga membeli makan tengahari dan sarapan. Tetapi waktu-waktu penting boleh juga memasak dan menyuap sendiri anak-anak.

4.Ruang kerja sendiri- Saya ini suka dan cepat bosan, jadi setakat ini sudah banyak kali berubah ruang kerja di atas, di bawah, ruang tamu, bilik tidur, di dapur.

5. Pelbagai tugas serentak (multi tasking)- Memasak, mengemas rumah, urus anak-anak, urus kerja, banyak perkara melatih saya melakukan tugas serentak. Walau penat, rasanya sangat berpuas hati.

6. Rehat jika letih. Saya ini jenis yang perlu cukup tidur walau apa cara. Alhamdulillah sejak berhenti kerja magrain saya sudah tidak ada. Jika banyak perkar perlu difikir saya suka terbawa-bawa ketika mahu tidur. Disebabkan kini tidur dan rehat dan cukup, magrain saya sudah lenyap terus. Alhamdulillah.

7. Kerja untuk diri sendiri. Majikan kepada diri sendiir, sayalah kuli sayalah bos, daripada A hingga Z, saya perlu merancang karier saya untuk jangka pendek dan jangka panjanng. Alhamdulillah setakat ini berada pada laluan yang betul.

8. Hobi dan karier seiring. Hobi membaca, jadi menulis adalah satu gandingan yang baik untuk karier saya. Membaca satu terapi terutama buku-buku motivasi dan agama. Membaca juga intipati penting untuk mencari bahan dan penyelidikan.

9. Bersosial mengikut keperluan sahaja. Setakat ini saya gemar menghandirkan diri ke majlis, bengkel dan seminar yang berkaitan duni buku, majlis-majlis ilmu. Disebabkan masa yang semakin terhad, saya usahakan memilih keutamaan jenis majlis sahaja.

10. Wanita, isteri, ibu, anak dan ahli masyarakat. Tiada tempat terbaik bagi wanita hanya berada di rumah. Rumah bukan sekadar institusi keluarga, tetapi tempat pelindungan terbaik untuk membina jati diri, pembentukan diri anak-anak, juga masih banyak peluang untuk kita meneroka untuk tambah pendapatan. Cari peluang tersebut dan usahakan dari sekarang.

Mulakan persediaan anda dari sekarang:
                                                      www.janawangdirumah.com

2 comments:

Unknown said...

Cemburunya saya…. tapi apakan daya, sy masih tak ada kekuatan dan keyakinan bekerja dari rumah...

Unknown said...

tahniah masayu..
kakyong setuju dgn 10 point.. walau hakikat ada point yg tdk dpt kakyong lakukan..
masih bertatih dlm usaha utk bekerja dr rumah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin