Friday, September 20, 2013

Tiada jalan pintas untuk berjaya

Teks: Masayu Ahmad

Assalamaulaikum w.b.t
Pagi indah sudah bermula bersama rutin da tugasan pagi. Sini sudah Jumaat, alhamdulillah segala puji dan syukur kepada yang Esa atas kurnia rahmat dan kasih sayang tanpa batas.

Arissa masih bergolek enak. Aiman dan Hakim juga sudah aktif. Di sini sudah bercuti hujung minggu. Alhamdulillah. Jika cuti begini saya perlu masak yang berat pada sebelah pagi, anak-anak cepat lapar. Jadi menunya nasi putih dan gulai ayam kelate, teh o panas.

Gulai masih mendidih di dapur, bonda mertua menyambung tugasa. Saya kembali ke SOHO kerana mahu atau tidak perlu siapka juga susunan tugas untuk penamat fasa terakhir 9, 10,11,12. Insya-Allah semoga Allah permudahkan.

Mahu cepat atau lambat
Semua usaha dan segala yang kita mahu ada cepat ada lambat. Ada cepat hasilnya dan ada lambat pula. Ia bergantung kepada perancangan dan pelaksanaan kita. Sebelum itu kita perlu tahu dan faham kita hanya merancang Allah yang menentukan. Saya sangat percaya, siapa sahaja yang berusaha dialah dapat hasilnya, tiada jalan pintas.

Mahu yang yang senang sahaja
Kadangkala ada yang mahu jalan pintas sahaja, apabila nampak satu-satu peluang mata sudah terbuka besar, nafsu juga membesar. Akan tetapi kesemuanya tidak mudah. Kita baca kisah-kisah sukses usahawan berjaya, mereka melalui lenggok jalan hampir yang sama. Berusaha dan komited, tanpa rasa putus asa.

Nila-nilai ini sudah tentu salah satu pengukur bagaimana orang yang sudah jutawanpun masih lagi bekerja keras. Tetapi sudah tentu kerjanya kali ini lebih berstragi kerana sudah punya pengalaman dan laluan.

Mentor kejayaan
Kenalpasti siapa mentor, apa bidang itu sangat penting. Untuk saya sendiri saya melihatkan beberapa ikon dalam industri penulisan, saya masih jauh sangat jauh. Mereka lebih disiplin dan konsisten, manakala saya masih di sini masih berlari di dalam trek, masih berusaha untuk sampai lebih banyak garisan demi garisan.

Lebih banyak buku dihasilkan. Ia bukan sekadar matlamat kewangan, tetapi tekad dan usaha yang sedikit untuk manfaat masyarakat. Juga Allah menerima usaha saya ini sebagai saham atau pendapatan pasif di akhirat sana. Allahuakbar saya yang punya diri banyak dosa dan noda. Ampuni saya.

Mari sama-sama berusaha, agar setiap langkah kita berjaya dan diberkati. Hanya tiga yang dihitung kelak.

1. Ilmu dan amal yang dipraktikkan.
2. Sedekah kita
3. Usaha kita melahir dan mendidik anak-anak soleh, inilah harta yang mendoakan kita di sana. Amanah ini  juga sangat berat. Saya juga merasainya, rasa besarnya tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak syurga ini. Sebelum mereka mencapai baligh, AllahuAkbar, semoga kita semua diberkati.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin