Teks: Masayu
Sudah sedia mahu mula kerja dari ruma mula dengan naskah ini www.janawangdirumah.com
Burppp... Alhamdulillah, usai mengunyah sisa terakhir azan asar berkumandang. Jelas kedengara kiri dan kanan. Orang lain sudah mahu minum petang, saya baru selesai makan tengahari. Inilah rutinnya, berpagi biasanya saya sudah mengambil makanan berat seperti nasi, susu kambing, jadi ia sampai ke petang barulah terasa lapas. Sudah ambil petang, malam biasanya roti, biskut susu kambing. Kadangkala ada pula menu petang keropok atau goreng pisang panas.
Mengejar masa
Walau masa fleksibel, banyak di rumah saya masih juga merasakan tidak cukup masa. Hanya keluar untuk penghantaran barang pelanggan sahaja. Kini masih lagi mengagihkan tugas kepada dua pembantu, belum boleh dilepaskan sepenuhnya lagi. Juga arahan mengambil pesanan di web, membungkus dan terus hantar ke syarikat penghantaran. Ia mengambil masa untuk mereka, tetapi tidak mengapa lama-kelamaan akan mudah.
Fleksibel
Saya lebih perlukan masa fleksibel, saya saya mahu sepenuhnya masa berkualiti waktu pagi untuk menulis. Cabaran menyiapkan 30 manuskrip masih lagi belum capai, dan ia masih lagi cabaran gigih untuk saya.
Ketika perjumpaan penulis penerbit grup buku Karangkraf, baru-baru ini, terasakan betapa kerdilnya saya dan usaha saya. Orang lain sedang memecut dengan konsisten sekali, buku demi buku diterbit. Saya? Cepat pula puas hati dengan apa yang ada. Manuskrip yang solid? Itulah yang diperlukan penerbit, tidak ada banyak ubah, tidak ada banyak kesalahan, manuskrip yang disukai pembaca dan pasaran. Juga sudah tentu dengan siap siaga barisan pemasaran online dan offline. Jadi, saya sudah sedia, dan salah satunya akan bermula November ini, akan bersiaran selama 4 kali setiap bulan. Apa dia? Kita tunggu nanti ya.
Fokus
Saya masih fokus dengan penulisan, manuskrip demi manuskrip. Ya, senarai judul buku ada barisan tersusun sehingga 100 judul. Ia akan saya usahakan, satu lagi impian saya melihat rak buku penuh dengan nama buku saya. Itulah impian nyata. Bukan sekadar terpampang di kedai buku, malah di soho saya sendiri. Ia pembakar semangat dan matlamat, kepuasan dengan apa yang sudah saya nikmati dan lalui. Kepuasan lain apabila membaca setia terus membeli setiap naskah yang diterbitkan. Dan ia bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
Kelas online
Ya, ia masih lagi berterusan, pendafatran adalah setiap hari. Kelas pertama adalah kelas asas blog dan penulisan. Khusus untuk kalian yang ingin membina jenama sendiri, follower sendiri dan pembaca sendiri. Sangat mudah kini, jika ada komputer dan internet, tetapi sangat rugi tidak mahu memulakan sesuatu, perkenalkan diri kita, perkenalkan jenama atau produk kita. Sebelum pembaca serasi, perkenalkanlah diri dahulu, perkenalkan apabila sudha kenal, barulah pembaca bertukar sebagai pembeli.
Bagi kelas ke dua pula kelas asas blog dan fanpage. Ini bagi kalian yang tidak ada produk, kita sediakan produk. Jika ada produk pun boleh. Cari trafik, belajar buat borang, belajar buat urus niaga pertama.
Sudah sedia untuk mula, boleh hubungi saya di fb ya.https://www.facebook.com/masayu.ahmad
Keterangan lanjut ada di sini baca, catatan pelajar yang sudah menyertai kami: http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment