Saturday, September 28, 2013

Saya lebih sukakan jadual fleksibel dan masa fleksibel, walaupun sibuk


1. Boleh share macam mana boleh tercetusnya idea mengajar kelas online asas blog ini?
Ini soalah yang ditanya seorang rakan wartawan di kotak mesej fb.
Bagaimana tercetus idea mengajar kelas online asas blog in?
1. Idea ini tidak muncul dengan sendiri, ia datangnya ilham dari Pemberi rezeki. Sejak bertahun lama selepas mengumpulkan banyak informasi berkaitan bekerja di rumah, memberikan panduan asas dalam bentuk buku dan ebook. Saya terus-terusan didatangi soalan demi soalan. Bagaimana mahu mula? Bagaimana caranya?
Ya, saya menulis merangkumi pelbagai fokus bidang yang boleh diceburi suri rumah berdasarkan informasi suri terdahulu yang sudah berjaya. Ia dikumpulkan dan dikongsi di blog.
Blog adalah titik mula saya mmeperkenalkan diri kepada dunia luar. Walaupun saya orang media dan ada kumpulan sokongan, saya lebih tega bekerja di belakang tabir. Bebas, fleksible dan ia membina sokongan demi sokongan dari suri rumah. Blog juga menyatukan saya dengan ramai sahabat online yang mahu dan masih tercari-cari infiormasi tentang usaha bekerja dari rumah. Terutamanya wanita dan suri rumah. Ia mengambil masa, namun lama-kelamaan blog tersebut menjadi rujukan.

Malah blog juga menjadi latihan dan disiplin saya mengumpul bahan dan disatukan dalam manuskrip. Blog juga menghubungkan saya dengan ramai surirumah dan kemudiannya, mereka pembaca setia dan pembeli buku dan ebook. Alhamdulillah.
Namun saya sedar juga, tidak semua orang diberikan bakat dan peluang menulis. Tetapi blog adalah salah satu cara mudah dan efektif sebagai asas pemasaran bagi memperkenalkan diri. Alhamdulillah.

Kelas online tercetus, kerana saya sebagaimana juga suri yang lain punya masa yang terhad, kerana proses anak-anak yang sedang membesar juga menuntut masa banyak di rumah. Ia juga salah satu faktor mengapa saya sukakan cara fleksibel dan boleh di mana-mana sahaj. Saya tidak suka terikat dengan masa dan komitmen, boleh berlari ke sana ke sini pada masa yang sana, masih boleh memberi peluang dan berkongsi ilmu bermanfaat
2. Apa manfaat kelas asas blog ini kepada suri mahupun bakal suri? 3. Bagaimana ia mampu menjana pendapatan kepada mereka? (Sebab tak ramai yang nampak jalannya)
3. Bagaimana mereka mahu bermula?
4. Suri akan memberi alasan sibuk untuk menulis. Apakah panduan terbaik untuk mereka.
5. Macam Ayu sendiri, sentiasa sibuk menjaga 4 orang anak dalam masa sama penulis bebas dan membuat manuskrip. Bagaimana ayu mengendalikan masa itu? Sempat pula update blog dan fanpage malah kelas online. Kongsi rahsianya.
6. Bagi detail sikit tentang perkembangan kelas ketika ini. jumlah guru pelajar dan pembantu. 
7. Harapan dan impian Ayu untuk kelas dan lain2.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin