Tuesday, September 10, 2013

Apa beza suri rumah dan suri bekerja dari rumah

 Teks: Masayu Ahmad


Salam hujung minggu buat semua suri hebat diluar sana. Tidak kira suri yang bekerja dari rumah atau suri rumah sepenuh masa.

Suri rumah sepenuh masa

Suri rumah sepenuh masa memberi tumpuan utama kepada keluarga semata-mata. Anak-anak, suami dan urusan rumah tangga. Jadi tiga keutamaan ini adalah tugasan yang menjadi keutamaan. Tidak melakukan apa-apa atau sebarang sumbangan kewangan kepada keluarga.

Suri bekerja dari rumah

Suri yang bekerja dari rumah adalah mereka yang menghasilkan pendapatan sama ada bekerja, mengusahakan bisnes, secara sambilan atau sepenuh masa. Peranan suri ini sama sama sibuknya dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tugas yang dipikul adalah berganda dan memerlukan pengurusan masa yang baik.

Tanggapan masyarakat terhadap suri rumah

Bagi sesetengah pandangan, merasakan suri rumah adalah mereka yang tidak berpendidikan, terkongkong dan tidak memberi apa-apa sumbangan kepada masyarakat. Dunia hanyalah persekitaran keluarga dan anak-anak sahaja.

Tepis pandangan ini secara positif

Saya sudah mengenali dan menemui ramai suri rumah yang berpendidikan dan meletakkan jawatan sema-mata menumpukan kepada keluarga. Suri rumah kini semakin bijak, terbuka dan mempunyai pandangan yang lebih baik dalam menentukan hala tuju keluarga.

Ubah pandangan

Apabila kita memandang seseorang daripada pakaian yang biasa-biasa, kita tidak boleh memberi gambaran yang tepat. Kadangkala perwatakan bersahaja, tetapi mempunyai ilmu luar biasa. Kadangkala kehebatan pakaian luar biasa, tetapi apabila bercakap dan memberi pandangan, tidak apa-apa yang ada.

Serlakan rasa rendah diri

Apabila kita merasa hebat, sebenarnya kita sudah menonjolkan kelemahan diri yang nyata. Semakin tinggi darjat, kekayaan, pangkat dan kuasa, kita sudah dimain-mainkan oleh perkara berkenaan. Kita bergantung kepada kuasa ini untuk mengekalkan kehebatan kita. Jadilah padi semakin tunduk semakin berisi.

2 comments:

Syahida said...

Di zaman serba canggih dan moden ni, perspektif negatif terhadap surirumah sepatutnya dikikis dan diketepikan. Samada mereka berpendidikan tinggi ataupun tidak, jasa dan sumbangan mereka pada anak2 dan keluarga khususnya TAK boleh dipandang remeh, betul tak Mas?

Masayu Ahmad said...

Syahida

betul sangat, suri rumah bukan sekadar suri, tetapi memikul tanggungjawab dan amanah yang cukup mulia

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin