Sunday, September 29, 2013

Mahu sibuk di rumah atau di luar rumah-tetapkan matlamat

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t salam pagi terhebat salam kasih sayang. Anak-anak sudah pergi, tinggal saya Arissa, mok dan atok. Begitulah rutin seharian, sangat laju masa meninggalkan kita. Masa 24 jam kini rasnaya seperti 1jam sahaja, seminggu seperti sehari. Masa pantas kiamat juga sudah dekat.

Apa model bisnes kita?
Ya ramai yang teruja untuk bekerja di rumah, tetapi dengan perkembangan yang ada mahu sukses, kesibukan kembali berganda, dan kita semakin sibuk dengan urusan bisnes dan perlu banyak pula menghabiskan masa di luar rumah. Hadir seminar, merancang strategi bisnes agar maju.

Model home-based bisnes idea.

Salah satu tugas saya ialah mengumpulkan maklumat bisnes apa yang sesuai bagi para suri yang dari kerjaya luar rumah mahu bekerja di rumah. Katanya mahu menumpukan perhatian kepada keluarga, alih-alih kesibukan melebihi apa yang kita lakukan dahulu. Anak-anak kembali terabai.

Tetapkan matlamat
Itu sebabnya ada banyak model bisnes, usahawan dari rumah ibu bekerja dari rumah ia berbeza dengan usahawan di luar rumah. Namun kadangkala kita sudah terperangkap dan terjerat dengan lambakan maklumat dan idea, sehinggakan kita kembali sibuk.

Sibuk yang fleksibel
Cara dan strategi bisnes adalah sama merangkumi, operasi, pelan perancnagan, pemasaran dan sebagainya. Apa yang berbeza adalah cara perlaksaaan mengikut bidang, bidang makanan tidak sama dengan bidang trading, bidang pakaian tidak sama dengan bidang kecantikan. Kalian perlu tahu dan faham tentang itu. Bekerja juga tidak sama dengan bisnes.

Siapa mentor dan apa pula bidang?

Itu sebab dalam semua jenis bisnes, saya selalu kongsikan apa jenis bidang yang kalian pilih dan siapa pula mentor? Apabila kita hadir banyak seminar bisnes, kita mula melalui fasa lambakan maklumat. Mendengar yang itu hebat, yang ini juta-juta, yang ini bagus. Ya semuanya bagus, tetapi perlu diingat kembali kita perlu bijka menyaring semua idea-idea tersebut berdasarkan apa pula yang sesuai untuk kita. Bisnes A sesuai untuk Z, tidak semestinya bisnes B sesuai untuk Z juga.

Analisa awal itu penting, untuk kita ketahui dan saring idea-idea tersebut dan sesuaikan pula dengan diri kita dan apa perancangan kita. Akibat terlalu banyak lambaka, kita tidak tahu apa fokus. Tetapkan matlamat dan tetapkan fokus!
Itu sebab saya kumpulkan 101 idea home-based bisnes dalam ebook ini.

Ini menghimpunkan 101 idea bisnes yang boleh dijalankan dari rumah. Itu sebab blog ini mengumpul dan memberi panduan bekerja di rumah, bukannya bekerja di luar rumah. Anda perlu fahamkan itu. ;)


Dapatkan naskah kalian di sinihttp://mulabisnesbutik.blogspot.com/

Ok dari beratus-ratus idea itu pula kita buka lagi dan fokus kepada hanya 1 jenis bisnes. Di atas adalah contoh ebook khusus butik online/offline. Dari operasi sehingga pemasaran. Ebook ini sudha boleh dibeli ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Mahu beli klik di sini http://mulabisnesbutik.blogspot.com/


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin