Saturday, September 21, 2013

Gagal menjana kewangan-ia buat wahm makin stres

Teks: Masayu Ahmad

Assalamualaikum w.b.t, ia tidak mudah tetapi ia mudah bagi yang istiqamah berusaha dan fokus dalam usaha. Banyak dilema awal yang mahu bekerja dari rumah kerana, tidak punya masa untuk anak-anka, juga kerana mahu menjaga orang tua. Juga penting mahu menjana pendapatan dari rumah.

Ya, sangat banyak faktor yang mendorong usaha seseorang. Pun begitu realiti mereka yang bekerja di rumah sama hebat cabaran yang ada. Dalam grup-grup bisnes, secara terbuka ibu-ibu ini berkongsi pandangan tidak ada jualan, tidak ada pendapatan, pendapatan tidak stabil.

Adakah saya mahu menakut-nakutkan? Tidak. Itu sebab sebelum kalian terjun untuk sepenuh masa, sangat penting untuk mengusahakannya secara sambilan, apabila ia sudah berada tahap stabil barulah meletakkan jawatan untuk fokus sepenuhnya.

Terdapat beberapa kategori suri yang mula mahu bekerja dari rumah. Dua golongan ini yang selalu saya kongsikan.

1. Surirumah, yang sedia berada di rumah. Tidak ada pengalaman kerja, tamat pelajaran dan sepenuh masa sebagai surirumah. Suri ini bangun semula dan mula mencari peluang menjana pendapatan. Ini dikira bermula dari kosong. Tidak ada apa-apa. Pendapatannya bersumberkan dari pemberian nafkah suami. Jika suri ini sudah memecah rekod dapat wang pertama dari hasil usahanaya. Ia adalah kejayaa, kejayaan keluar dari kepompong surirumah semata-mata.

2. Suri bekerja di luar rumah.
Ini maksudnya seperti saya, sudah pernah bekerja, sudah punya kerjaya tetap, sudah punya keselesaan wang bulanan setiap bulan. Sudah tu kenapa pula cari penyakit untuk berhenti pula. Atas faktor-faktor yang saya sebutkan dalam ayat permulaan, kerana anak-anak. Boleh baca perkongsiana awal di blog ini dan juga dalam naskah www.janawangdirumah.com

Bagi kategori ke dua ini, ada yang berjaya ada yang sukses. Memang ada yang sudah memegang gelaran 'wahm' akan tetapi disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan, mereka kembali semula bekerja di rumah. Tidak mengapa, tidak ada salah. Ia adalah pengalaman yang sangat bagus. Selepas kembali bekerja, sekurang-kurangnya kembali merancan kewangan dengan lebih baik sebelum berhenti.

Bagaimana pula baru nak mula?

1. Mulakan dengan apa yang ada.

2. Dropship


Ini adalah salah satu contoh iaitu kita mulakan dahulu dengan apa yang ada. Sangat penting untuk laburkna dalam ilmu, membina jaringan, pergi ke seminar. Di sana kita akan bertemu kenalan yang baru, peluang yang baru.

Kuasa fokus
Sangat biasa, bagi surirumah akan teruja dan memulakan hampir apa sahaja yang dia rasa, nampak ok ini lumayan, ini bagus. Itulah sebabnya sangat penting analisa awal, untuk kenalpasti apa fokus kita dan apa bidang yang kita pilh. Ia lebih bertahan lama berbanding memilih atas sebab ikutan.








No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin