Tuesday, October 1, 2013

Oktober terhebat, fokus konsisten



Dua protege dari akademi bekerja di rumah, kini sudah menjadi tamu di majalah Era Muslimah, dan mempunyai ruangan mereka sendiri. Sujud syukur, hanya kepada Allah saya kembali, kepada Dia saya kembalikan segala peluang dan kesyukuran.

Belajar asas blog dan penulisan.
Apa yang kita ajar adalah, menulis secara santai dan formal. Menulis dan menjadikan blog sebagai rujukan. Menulis dan jadikan blog berpengaruh dan suka dibaca pembaca. Menulis dan ia diintai juga wartawan akhbar dan bonus berganda jadi penulis tamu. Ia memberi nilai dan meningkatkan kredibiliti untuk diri, produk, servis apatah lagi bisnes. Alhamdulillah, dua protege di atas adalah dari almuni yang mengambil kelas asas blog dan penulisan iaitu dari Akademi Bekerja Di Rumah.

Hanya kepada Allah saya bersujud, Allah yang Esa, Allah yang Satu, Allah memberi rezeki segala peluang. Setiap hari rai dengan setiap detik pengalaman dan kejayaan kecil, ia cantuman kepada matlamat utama. Setiap hari adalah hari baru yang perlu diperjuangkan sebaik-baiknya. Allahu Allah, Allah Ya Rabbi, Allah ya Karim, SubhanaAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar!


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin