Sunday, September 15, 2013

Buat dan selesaikan.

Teks: Masayu Ahmad
Mula rancang bekerja dari rumah, secara sambilan sebelum sepenuh masa, baca naskah ini www.janawangdirumah.com

Selamat bercuti-cuti,  sudah siap nasi lemak kasih sayang, telur rebus, dan sambal udang. Rehat dan santai di rumah, sambil meneruskan rutin seperti biasa.
Semalam dalam masa 1 jam saya sempat khatamkan sebuah buku yang penuh inspirasi, nukilan adik Nur Madihah, pelajar cemerlang 20 A.

Saya kongsikan di sini, kata-kata inspirasi, muka surat 24.

Aku menyimpulkan kata-kata ayah supaya belajar kerana ilmu adalah tanggungjawab. Aku belajar ilmu agama: tauhid, feqah, sirah, akhlak, tasawaur, al-quran, hadis, nahu, soraf dan lain-lain untuk menguruskan kerohanian (ruhku).
Manakala pelajaran seperti sains, fizik, biologi, matematik, ekonomi, prinsip akaun dan lain-lan untuk memanfaatkan akalku agar menjadi insan yang cerdik demi kemakmuran bumi Allah. Juga aku dapat menyusur sumber ilmu yang ku sebutkan di atas hanyalah dengan mempelajari banyak bahsa terutamanya Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Inilah yang sering ku sematkan dalam hati, bahawa pengetahuan adalah sahabat bagi seorang pelajar walaupun menempuh kesukaran dan cabaran.
Nota saya: Ilmu itu sehingga ke liang lahad, banyak sumber.
Iklan: Kelas online masih dibuka pendaftaran setiap hari seperti biasa, boleh dapatkan keterangan lanjut di sini http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/


Perkongsian Aishah Hussein
Akademi ketika itu bermula dengan hanya 10 orang peserta. Kami saling bekerjasama berbincang tentang tugasan yang diberikan untuk kelas. Dari situ, latihan mengajar dengan tersendirinya terbentuk pada para peserta. Walaupun peserta-peserta ini datang dari pelbagai latarbelakang pengalaman dan pekerjaan, mereka dapat bersatu di dalam akademi sebagai suri rumah yang bekerja dari rumah. Ini menjadikan akademi sebagai satu kolam untuk kami berkongsi ilmu dan pendapat.

Kini akademi ini telah mempunyai lebih dari 100 peserta dan sudah ada 7 guru online. Alhamdulillah, saya kini aktif sebagai salah seorang guru online. Mengajar peserta secara online, tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini. Tetapi itu lah yang memberi peluang kepada saya untuk menjana pendapatan dari rumah, di samping menjalankan bisnes-bisnes lain.

Sebagai seorang guru online tidak bermaksud saya tidak boleh bergerak ke mana-mana. Jadual kelas adalah fleksibel. Peserta hanya berhubung dengan guru melalui message di facebook. Nota untuk kelas semua diberikan di dalam kelas online. Peserta hanya perlu baca dan rajin berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan kepada guru.

Mudahnya kelas online begini kerana peserta dengan guru boleh berhubung melalaui online. Bemaksud, hanya perlu ada kelengkapan gajet, kelas boleh terus bermula. Gajet tidak perlu yang canggih-manggih. Gajet wajib adalah talian internet atau broadband dan laptop atau PC. Telefon bimbit yang canggih akan memberi kelebihan kepada peserta untuk membuat tugasan walau di mana mereka berada. Malah ada pelajar saya yang hanya menggunakan telefon sehingga kini untuk membuat tugasan di blog beliau. Sekali- sekala beliau akan ke perpustakaan awam menggunakan komputer di sana untuk membetulkan layout blog. Di mana ada usaha di situ ada jalan.

Peserta di dalam kelas saya juga bukan hanya yang berada di Selangor, malah ada peserta yang datang dari Kelantan dan sejauh Sabah. Jadi jarak bukan penghalang untuk sesiapa sahaja untuk menyertai kelas ini. Yang penting minat dan semangat dari peserta sendiri.

Kami guru online di akademi sentiasa berbincang dengan pengasas untuk menambaik Akademi Bekerja Dari Rumah. Moga niat kami untuk menyediakan platform buat suri rumah di luar sana menjana pendapatan tambahan buat keluarga masing-masing diberkati Allah hendaknya.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin