Thursday, September 19, 2013

Cabaran bekerja di rumah bersama anak kecil

Teks: Masayu Ahmad
Foto: google


Normi seorang ibu bekerja di rumah berkongsi dengan saya..

"Cabaran yang sukar adalah apabila anak asyik berkepit dengan kita. Berilah mereka apa sahaja mainan, aktiviti, masih juga mahu duduk bersama kita. Jika mengadap komputer, mereka juga mahu sama menulis blog."

Ok, kita kembali semula apa tujuan asal untuk kita kembali berada di rumah. Sudah tentu imbangan keluarga dan kerjaya. Anak-anak adalah antara kriteria pertama yang kita jadikan alasan. Untuk mengurus mereka. Tidak lagi perlu hantar ke pengasuh atau di bawah tanggungjawab pembantu rumah.

Penyelesaiannya adalah bekerja di rumah. Cabarannya bagaimana pula untuk menangani dan mengurus anak-anak. Mereka adalah usia di bawa tujuh tahun. Tempoh tujuh tahun itulah masa terbaik untuk kita mengambil peranan untuk menjaga, mengasihi anak-anak sepuas-puasnya. Tempoh itulah masanya kita melihat proses membesar di depan mata. Bandingkan ibu-ibu bekerja di luar rumah yang 'bertarung dengan masa' hanya pada malam hari dan hujung minggu sahaja bersama anak-anak mereka. Selebihnya anak-anak bersama dengan orang lain.

Bagaimana mahu motivasikan diri. Niat semula, alhamdulillah ibu ada masa juga bersama Arissa. Masa inilah mahu gomol, peluk, cium dan sepuas-puasnya menikmati masa dengan anak.

Cabarannya juga: perlu bekerja dan menguruskan bisnes. Saya senaraikan semula apa tindakan yang boleh kita rancang semula.

1. Niat kembali peranan kita sebagai ibu, insya-allah akan dipermudahkan.

2. Kenalpasti masa produktif anak-anak, masa ini kita perlu memberi perhatian kepada mereka. Lupakan sebentar urusan kerja.

3. Jadualkan semula agihan masa dan kerja. Masa anak, masa kerja, masa rumah tangga.

4. Ambila peluang ini untuk bersama anak-anak, apabila mereka besar kelak, sangat sukar untuk mengantikan 'masa itu kembali' dan 'masa itu sudah tidak ada lagi'.

5. Memang perlu korbankan masa, gunakan sepenuhnya masa produktif kita waktu bagi untuk bekerja sebelum anak-anak bangun. Sambung semula apabila anak-anak sudah ada aktiviti sendiri, atau mereka sudah tidur.

6. Wujudkan ruang khas, yang mempunyai hiasan dan dekorasi seperti di tadika. Ia akan meransang anak untuk leka, belajar sambil bermain.

7. Jadikan Sabtu dan Ahad sebagai hari bekerja. Biar suami yang uruskan anak-anak. Jadi hari cuti anda adalah hari lain.

7. Kreatif dalam mengurus anak-anak. Setiap ibu memang hebat, kerana naluri sudah tahu apa yang sesuai dan tidak sesuai dengan anak-anak kita.

Salam kasih sayang

Buat persediaan untuk bekerja dari rumah dengan mendapatkan buku Jana RM Dari Rumah. Tidak kira sambila atau sepenuh masa. Beli buku Jana RM Dari rumah melalui pautan di bawah:

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3
3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015
4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:
http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

4 comments:

Sevendays Fragrance said...

Saya juga seorang ibu yang bekerja dari rumah.. Masa kita nak mengadap laptop nak buat kerja, waktu tu jugaklah anak saya (4 tahun) "nak buat kerja". Kena sabar banyak2.. Biasanya saya kena buat kerja selepas anak tido / sebelum dia bangun tido.. (awal2 pagi lah jawabnya....) dan selepas dia "habis buat kerja". Sekarang nie dah ada penyelesaian, hubby beli laptop baru... so boleh lah buat kerja dengan aman..

Masayu Ahmad said...

Sevendays Fragrance

salam perkenalan,

ya sangat setuju, pelbagai cara boleh digunakan, terpulang kepada kita mahu amalkan yang mana satu ;D

Pija Madzlan said...

Mcm tu lah anak-anak. Yang penting sebagai ibu kena cari formula bagaimana nak mengelakkan dari diganggu anak-anak :)

Masayu Ahmad said...

sitisifir

itulah kan, nak tak nak memeng kena ganggu juga, siang malam, pagi petang ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin