Monday, September 16, 2013

Hujan, ubi rebus dan zaman indah kanak-kanak

Foto: pakcik google

Teks: Masayu Ahmad

Menderu hujan lebat jatuh ke tanah, perut pula mula memberi irama mahu sesuatu yang panas dan sedap untuk dihirup. Aroma meruap susu kambing dicampur pula sedikit kopi dan susu. Ya Allah sedap di petang hari dingin begini. Meja tersusun seperti biasa dengan manuskrip demi manuskrip. Ada yang perlu segara, terutama ebook asas blog yang sedang saya tambah nilai kemudian pdf. Ini paling segera.

Suasana sunyi, hanya mok dan atok sahaja. Anak-anak semua keluar, en. suami bawa mereka merai Arif yang mahukan sesuatu. Tadi dengar juga teriakan kecil Arissa yang menangis mahu mengikut. Kemudian semua lenyap, agaknya Arissa juga pergi sama.

Mendung di luar saya gegas keluar untuk mengutip pakaian di ampaian. Dua hari ini santai sahaja. Pun begitu jiwa masih tegar mengejar matlamat, banyaka manuskrip terbengkalai, ada yang perlu suntingan semula, ada yang perlu ditambah, proposal yang menanti, susunan artikel yang perlu dihantar. Saya gemarkan keindahan kerja begini. Kerana saya tidak perlukan siapa-siapa mengatur saya, tetapi disiplin diri itu amat perlu, kerana produktiviti bergantung kepada gerak kerja yang kita usahakan sendiri.

Begitu juga pasukan di akademi bekerja di rumah, saya amat berpuas, hati nampaknya mereka sudah ada rentak sendiri. Kami masih lagi buka pendaftaran setiap hari.

Oh ya, kembali kepada tajuk, hujan, ubi rebus dan kenangan lalu.

Satu gambar lama menyentuh hati saya, arwah mek memangku Aiman, ya pada masa itu Aiman baru lepas pantang, sekitar penghujung tahun 2008. Sudah lama ia berlalu. Hmmm...

Semoga Allah merahmati mek, al-fatihah.

Kelas online masih dibuka pendaftaran seperti biasa, boleh hubungi saya di fb untuk pendaftaran.https://www.facebook.com/masayu.ahmad

Pendaftaran kami dibuka setiap hari untuk dua kelas berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. 
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan.
f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online.
g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik.
h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin