Teks: Masayu Ahmad
Ya sangat penting matlamat dan kuasa fokus. Seiringkan ia dengan usaha kita. Apabila kita lihat kawan kita maju dengan bisnesnya, aminkan, alhmadulillah. Kita? Kembali dengan fokus dan trek kita. Ia tidak sama, kerana haluan dan cara menggapainya juga berbeza.
Apa fokus saya?
Aroma buku dan membaca kisah-kisah inspirasi membuatkan saya tenggelam dalam duni sendiri. Saya suka begini dan kekal begini. Jadi bagaimana pula mahu menjana pendapatan jika tidak keluar rumah.
Ya, jawapannya lihat dan apa yang kita mahukan dalam kehidupan. Keluar rumah apabila ada keperluan dan menuntut kita untuk menambah dan mencari ilmu baru.
Saya sendiri ada beberapa 'port' urusan di luar rumah. Apabila selesai kembali semula ke rumah. Hal di rumah juga adalah satu amanah. Juga berdasarkan apa yang saya tulis panduan bekerja di rumah wahm, sahm soho.
Produk dan servis digital.
Selepas beberapa tahun ini, saya mencari keserasian kerja dan penulisan saya. Iya, ia lebih serasi, kerana terapi saya apabila bersama dengan buku dan menulis. Jadi saya lebih sukakan suasana fleksibel dan tidak perlu tekanan dari siapa-siapa.
Kelas online
-Kelas ini bermula atasa pertanyaan demi pertanyaan, alhamdulillah, sejak mula diperkenalkan kini sudha bergabung 120 blog dan penyertaannya tetap konsisten setiap hari. Kelas ini membolehkan saya mengajar di mana-mana. Juga dengan pertambahan guru online kebanyakannya adalah suri rumah, memudahkan saya, kerana sebahagian tugas semakin mudah. Saya sudah menurunkan separuh tugasan saya kepada guru online. Alhmadulillah. Sama-sama kita berbagi rezeki. Siapa yang usaha dia yang dapat. Konsepnnya masih fleksibel, memandangkan anak-anak saya masih kecil dan saya masih juga gemarkan suasana santai tanpa hiruk pikuk. Saya hargai apa yang ada sekarang.
Untuk lihat senarai blog yang sudah menyertai dan baca ulasan pelajar terdahulu tentang kelas ini.
http://akademibekerjadirumah.blogspot.com/
Pakej ebook.
Lagi 4 cover sedang disiapkan, dan juga masih dengan sasaran satu ebook setiap bulan. Ia bagi memenuhi kehendak pembaca saya kebanyakkan mahukan maklumat baru dan terkini. Sudah tentu ia berasakan bisnes dari rumah. ;)
Kita akan lebih ada banyak pakej ebook dari masa ke semasa. Alhamdulillah. Ebook juga produk digital, ia sangat mudah diuruskan, tidak perlu ruang dan modal. bagi yang mahu menyertai agen jualan hubungi saya di fb.https://www.facebook.com/masayu.ahmad
Iklan online
Ya, berapa banyak kedai online dibuka setiap hari. Jadi memerlukan ruang iklan yang murah dan berterusan. Jadi bagi pelajar yang menyertai akademi boleh juga menyertai sebagai pengurus iklan. Terdapat 4 pakej iklan. Aliran trafik dijana melalui 120 blog, juga dari page wahm sahm soho di sebelah, ia saling membantu. Siapa yang berminat boleh sertai mana-mana kelas online kami ;)
http://sohodirectory.blogspot.com/
Tiga di atas saya bawakan contoh servis dan produk digital. Walau saya di rumah, di luar rumah, ia masih boleh beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment