Friday, March 22, 2013

Travelog kehidupan, bersyukur saat diuji

Teks: Masayu Ahmad

Kelahiran Arissa adalah satu nikmat kesyukran, dan kemudiannya kami diuji dengan perubahan Arissa iaitu penurunan berat badan 2 kg dalam masa 2 minggu. Jadi bermula hari itu saya menghabiskan masa pantang di hospital, sebelum genap sebulan 30 hari, kami berpindah ke Kelantan.

Pengalaman dan ujian ini adalah satu nikmat, pada saya ia adalah satu situasi 'ujian segera' apabila saya sangat mendambakan seorang puteri selepas kelahiran 3 putera sebelumnay

Saya masih tergiang kata-kata ini.

"Buah pinggang sudah rosak 70% dan harapan hanyala 50-50 sahaja."

Saya terduduk dan pada masa itulah air mata jatuh dan saya sudah pasrah, sekiranya Allah pinjam saya puteri Arissa hanya sekadar 2 minggu, saya terima itu dengan hati redha.

Pun begitu dalam hari-hari menjalani rawatan, doa syifa tidak pernah terlepas dari mulut, Arissa tidak pernah sekali hilang dari pandang. Segala kasih sayang ditumpahkan untuk hari-hari seterusnya. Semoga ada keajaiban yang akan berlaku.

Hari pertama kelahiran


Ketika waktu kecemasan membawa Arissa ke klinik kesihatan Hulu Langat, kemudian segera bergegas ke  Hospital, selepas saranan doktor yang bertugas. Pada masa tersebut saya masih hati batu, berkata tiada apa-apa dan tiada apa-apa. Hati keibuan masih lagi dipagut rasa 'ya Allah, kau hadirkan aku kegembiraan kemudian kau datangkan pula satu 'ujian'. Aku terima dan aku terima.

Selepas doktor pakar melihat dan memeriksa Arissa, kemudiannya, Arissa di pindahkan ke dalam 'inkubator' seperti gambar ke dua di atas. Hati saya sudah terpana, air mata sudah mahu gugur tetapi saya masih bertahan.

Namun setelah doktor membawa Arissa pergi dan menghala wad ICU, berada di zon kritikal, air mata saya sudah gugur.

Bersambung....









1 comment:

Blog Nur Balqis Qahira said...

satu keajaiban,sekarang Arissa dah 3 tahun kan,kak mas?dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin