Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, salam kasih dan sayang Aiman sudah sihat sepenuhnya, hampir seminggu tidak ke sekolah, sekarang tiga beradi ini sudah ke sekolah seperti biasa. Tinggal Arissa sahaja. Hari ini bersamaan 11.3.2013. Laju dan pantas masa berlalu. 14 hb ada temujanji lagi di hospital bawa ayah.
Temujanji yang lalu, saya bawa Arissa dan Aiman. Disebabkan hujan maka tidak sesuai saya membawa Arissa keluar dari kereta. Jadi saya turunkan ayah dahulu, kemudia berpusing dan ketika laluan semula, ada sebuah tadika/pusat asuhan. Lalu saya singgah di situ, melihat persekitaran yang ok, lalu saya tinggalkan Arissa. Dia tidka menangis. Selaam tiga jam bayaran hanya RM10 sahaja, sangat berbaloi, maka selepas ini boleh tinggalkan Arissa di situ juga ada urusan di sekitar.
Ini salah satu contoh bagi kes macam saya suka bawa Arissa. Tetapi untuk lebih mudah saya akan turun awal dan tinggalkan Arissa di PASTI.
Berikut tips penulisan blog.
1. Bagi yang baru dan mahu melati menulis, tulis setiap hari tulis catatan harian. Jangan tinggalkan, lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. '
2. Konsisten, konsisten, konsisten. Apabila sudah memutuskan untuk menulis, maka konsisten itu perlu.
3. Bacaan. Ini juga adalah wajib, wajib dan wajib. Pilih jenis bidang atau genre banyakkan bacaan bidang kita, ini sangat mudah memberi input baru dan kesegaran dalam penulisan.
4. Tulis dan tulis. Itu sahaja latihan perlu dibuat, dan perlu setiap hari.
5. Tulis dengan jiwa. Bagaimana mahu tahu sampai atau tidak, apabila kita baca ia sampai ke hati. Tulislah dengan ikhlas.
No comments:
Post a Comment