Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah, dari tadi mahu menulis, simpan kemudian ke sana, sambung lagi ke sini, satu pun belum siap. Ok sekarang duduk dan boleh mula berkongsi. Rabu Khamis dan Jumaat saya bali ke rumah ayah, jadi jadual padat dari pagi hingga malam. Balik sana jadualnya pun sama, cuma kalau waktu pagi tidak memasak, tok ayah beli. Nasi berlauk gerai tepi rumah, hari ke dua roti boom untuk kanak-kanak riang.
Malam saya memasak, ayah mahu masak lemak jadi masak apa yang dia mahu makan, saya buatkan juga ikan jeket masak berlada. Banyak mahu berkongsi, antaranya
- Kisah sabahabt fb bernama puan z yang sudah disahkan kanser tahap 2, kami berbual di awal pagi banyak ilmu saya perolehi, Antaranya amalan makanan sunnah dan cara berubat berpandukan gaya hidup Nabi Muhammada s.a.w ya rawatan pilihan utama bukannya rawatan alternatif. Betapa kehidupan kita dan makanan kita seharian dimomokkan dengan gaya hidup bukan Islam, kita sudah banyak terpengaruh tanpa kita sedar. Minuman bergula, makanan segera dan banyak contoh lagi.
-Kisah sedekah dan kuasa sedekah, saya paling ingat momen ini. Pada pagi Aidil adha raya ke dua, datang seorang yang tidak dikenali. Maka ayah memberikan dia RM10. Kata ayah
"Berilah dengan ikhlas setakat mampu. Jika dia menipu itu urusan dia dengan Allah Urusan kita berilah kepada yang perlu dan kita masih mampu berkongsi rezeki.
Nah, 10 minit kemudian, datang daging bersama wang RM100 kiriman saudara buat ayah. Tengok dan lihat contoh di depan mata. Ayah adalah contoh terbaik buat saya.
Musim bulan puasa selalu sahaja ada majlis berbuka, kalau dia pulang beberapa minggu dari laut. Kita panggil out station zaman sekarang, dia akan bawa pulang beberapa bakul besar, durian dan rambutan, akan diagih-agihkan kepada jiran dan sanak saudara. Itulah ayah.
Jika arwah mek ada, selalu saya dibuat kenduri kesyukura walau kecil. Moga saya selalu mengikut cara ayah. Contoh paling dekat
Oh, ya kelas blog online sudah bermula, lihat iklan sebelah kanan ini ya, dan kelas sudah hampir penuh untuk kumpulan pertama. Hanya lima orang sahaja untuk satu kumpulan. Jemput singgah di dua blog protege saya, nantikan kemunculan 'hasil' mereka selepas 44 hari ini. Insya-Allah.
1 comment:
Subhanallah. Saya juga dah alami 2 bulan berturut2. sedekah RM50 dalam masa 2 minggu Allah bagi RM500 melalui jalan yg tak disangka2. MasyaAllah!
Post a Comment