Sudah Jumaat, sudah separuh bulan 15 Mac 2013, aduhai masa sangat pantas
Hari ini saya masak menu sayur dan ulaman. Kerabu ala kelate pucuk paku dan kacang, sayur campur (ada udang, kangkung, kobis), ikan siakap goreng, ikan gelama kering basah goreng dan ayam goreng. En.suami bertanya banyaknya sayur. Saya iyakan sahaja, asyik-asyik santankan, hari ni separuh ada sayur dan ulam hehe ;)
Tips penulisan hari ini.
1. Untuk mengasah kepakaran menulis, tulis dan tulis. Blog adalah cara termudah untuk kita berkongsi, selepas menulis terus sahaja 'publish'. Mudah kan, rasa teruja apabila ada yang membaca apa yang dikongsi.
2. Menulis apa? Bagaimana mahu memilih bidang apa, perkara apa, dan bagaimana nak mula. Ini soalan asas yang selalu ditanya kepada saya. Jawapannya berdasarkan analisan ini, iaitu pendidikan, pengalaman, kemahiran, minat dan matlamat jangka pendek/ jangka panjang. Melalui analisa ini kita sudah boleh memilih untuk fokus apa yang kita mahu tulis.
3. Bagaimana mahu konsisten?
Sangat ramai yang ada blog, tetapi ada tak anda lihat blog yang sudah lama tidak terusik. Salah satu penolakan positif untuk menulis adalah, apabila melihat trafik pelawat yang ramai, tetapi tidak ada sesuatu pun boleh dibaca, ada entri setahun yang lepas, tidak dan masih tersadai di situ. Tentu pembaca blog kecewa, jadi antara semangat dan inspirasi saya adalah mencatat dan berkongsi di sini. Ia adalah luahan, perkongsian pengalaman atau apa sahaj.
Sumber nota: Kelas Asas Blog & penulisan.
No comments:
Post a Comment