Thursday, March 7, 2013

Masanya saya turunkan ilmu

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, pagi tenang di kampung ayah. Semalam hari pertama dua pelajar sudah pun mula sesi tutorial online untuk belajar blog asas. Masanya saya menurunkan dan berkongsi pengalaman dan kemahiran yang ada. Dua pelajar ini Fatin dan Sulatin lihat pada sebelah kanan ini ada pautan blog protege saya. Tugasan pertama sudah diserahkan dan malam nanti akan masuk kelas semula jam 9 malam, setiap malam. Dan begitulah seterusnya sehingga 44 hari, setiap hari ada satu tugasan, dan saya akan tunjukkan nanti apa produk akhir ya, sabar. Ia pasti akan mengujakan kalian. Mereka ini sangat mudah untuk diajar dan mudah untuk dilentur, semangat dan keterujaan membuatkan kelas berlangsung dengan harmoni sekali.

Pagi ini saya masih menyusun jadual, sebelum tengahari akan pulang, kerana petang ada urusan. ;)
Alhamdulillah, terima kasih Allah.




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin