Teks: Masayu Ahmad
Sedang berlari laju menyiapkan suntingan ebook di tangan, ya ebook 30 tips sihat hamil dan pantang. Tidak senang duduk saya selagi belum siap. Suntingan 200 muka surat, dari bab 1 ke bab 12, dari bab 12 ke bab 1. Dari bab 6 hingga bab 12, dari bab 6 hingga bab 1.
Celik mata terus mengadap pc, lari memasak pun terus masuh soho mengadap yang ini. Matlamatya perlu diterbitkan secara rasmi bulan Mac, 31 Mac atau paling lewat 1 April 2013.
Ya, saya selalu berkongsi azam saya tahun ini menerbitkan sekurang-kurangnya 1 buku atau ebook setiap bulan. Cabarannya memnag boleh, keran semua manuskrip bahannya sudah sedia ada, hanya saya perlu paksa diri untuk menyiapkan dengan kadar masa yang telah ditetapkan.
Usai selesai manuskrip ini, saya akan memberi tumpuan, ebook asas blog dan penulisan, kemudiannya juga penulisan bersama protege dari kelas asas blog, ebook mula bisnes jahitan dan juga ebook 101 idea bisnes makanan. Kemudian akan terus fokus menyelesaikan ebook rahsia bisnes khadijah dan ebook strategi pemasaran Rasulullah. Jadi, keseluruhannya sebelum Jun, saya sepatutnya sukses menyelesaikan 8 ebook dan kiranya capai matlamat 12 ebook minima untuk 2013. Alhamdulllah, moga Allah permudahkan urusan. Selesai suntingan ini, haru laju mengemas pakaian, kerana saya balik ke rumah ayah. Esok menemani ayah untuk pembedahan mata. Jadi anak-anak semua tinggal dengan en.suami.
Malam esok boleh sambung lagi tugas di sana, dan harapnya semua berjalan lancar. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment