Wednesday, March 20, 2013

Apa matlamat? Tulis, rancang dan usahakan! Jangan mengalah.

Teks: Masayu Ahmad
mahu bekerja dari rumah rancang dari sekarang www.janawangdirumah.com

Banyak sumber yang kita yang boleh kita rujuk dan belajar, secara online mahupun offline, secara berjemaah atau perseorangan. Banyak juga pilihan mentor yang percuma atau berbayar, yang sudah popular atau kurang popular. Siapa mentor saya.

Ada beberapa mentor saya.

1,. Seorang jutawan/ usahawan low profile, belakang tabir sahaja. Sudah sukses empayar bisnes, dia tidak ada masa mengajar tetapi terus diajar saya secara praktikal sahaja.

2. Jutawan/penulis buku/ usahawan. Iaitu Dato' Rusly, walaupun tidak belajar secara terus, saya sudah beberapa kali ke seminarnya, juga melalui buku-buku beliau. Sangat banyak ilmu yang boleh diserap dan dipraktik.

3. Mentor penulisan yang dikenali seperti Sri. Diah. Beliau adalah bekas bos atau ketua saya ketika masa bekerja di Karangkraf dulu. Banyak yang saya belajar dari dulu dan sehingga sekarang. Seorang yang lemah lembut budi bicara. Tidak pernah nampak pun kak sri berada dalam keadaan tegang atau stress.

4. Pn. Ainon Mohd, ini juga adalah serang yang sangat terkenal bukan sekadar pemilik pts, mentor penulisam, bisnes dan sebagainya. Saya banyak belajr dan mencerap dari perkongsian beliau sama ada di fb, web dan sebagainya.

5. Kumpulan usahawan. Trend kini sangat banyak kumpulan sosial di fb, jadi sangat mudah untuk berkongsi dan bertukar fikiran dan pengalaman. Sama ada yang muda atau yang lama, ambil sahaja apa sahaja ilmu di depan mata. Kemudian kita tapis yang mana kita boleh guna dan sesuai kita ikut.

Senaraikan matlamat

Betul dan sangat betul. Antara impak yang paling berkesan apabila kita menulis matlamat dan mula merancang ke arah itu ia lebih berhasil. Sekarang matlamat jangka pendek saya adalah menyiapkan 12 ebook/buku ini untuuk 2013 dan bakinya lagi 2014.

Juga kelas online untuk belajar asas blog dan penulisan juga bermula. Pernah tak dulu kalian baca, saya rancang akhir tahun ini atau awal tahun 2013. Tup, tup sudah mula suku pertama 2013 lagi. Jadi kita merancnag Allah mempercepatkan, maksudnya bersedia dengan apa sahaja yang berlaku di luar dugaan, dengan keyakinan kita tetap yakin dengan apa yang kita lakukan akan berjaya, akan dimakbulkan cepat atau lambat sahaja.

sudah boleh daftar, klik di sini ya untuk keterangan lanjut http://belajarasasblog.blogspot.com/


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin