Sunday, March 31, 2013

Bersyukur ketika masih ada ruang

Teks: Masayu Ahmad

Dua minggu ini agak kritikal dari segi pengurusan masa dan kerja, namun saya sematkan juga dalam diri, dalam apa hal sekalipun buat yang terbaik, walau kadangkala ada juga sisi-sisi penting yang tidak dapat dipenuhi.

Kekangan, tugasan dan tanggungjawab semuanya menjadi keutamaan. Selalu berdoa, berusaha dan bertawakal apa sahaja dilakukan sebaiknya dapat dilaksanakan dengan sempurna. Di mata dan perasaan kita dapat rasa kudrat adalah tidak sempat melakukan semuanya serentak, akan tetapi masih muhasabah kerana punya ruang untuk berbakti.

Apa pula yang Masayu Ahmad merepek-repek, hehe, iya, saya sangat terkilan akan diri saya, kadangkala tidak sempat memenuhi perkara-perkara diluar kemampuan. Perumpaannya dalam perjalanan, kadangkala tidak sempat sampai pun ke destinasi, di tengah jalan macam-macam dugaan. Dugaan itu sama ada kita pandang dari sudut positif atau negatif.

Kritikal masa dan keluarga

Semalam satu hari di hospital, saya selalunya seperti biasa mencerap dan mencerap. Berbual dengan makcik-makcik warga emas yang menjaga suami. Ada yang sudah menemani suami selama dua minggu, ada yang baru sehari. Itulah kan suami dan isteri. Bagi yang masih punya suami, isteri yang akan menjaga. Bak kata mak cik semalam.

"Inilah kita, sudoh anok, ayoh pulok, mujur mok cik sihat lagi." Katanya bermaksud dalam. Suami makcik ini, jatuh dari tempah tinggi, tulang belakangnya kritikal dan usus pula sudah rosak.

"Iyalah mok cik, banyok tu pahala tuhe nok bagi, tak semua ore sangguh, tapi hok terpilih itulah hok tuhe nok bui.

Betul dan tepat. 30 orang anak pun ibu bapa sanggup jaga. Juga kita sendiri, apabila anak demam atau sakit bersegera ke hospital, bersegera berubat. Ada anak ramai, bersegera mencari pembantu rumah, bersegera kisah akan susahnya kita menjaga dan mahu yang terbaik buat anak-anak.

Bagaiman pula kita nanti apabila sudah tua, apakah anak-anak sanggup bersegera, bersegera apabila kita sakit, kita sudah tua. Apakah ada yang sanggup menjaga siang dan malam. Dan kerana itulah, apabila mempunyai anak yang ramai belum tentu semuanya sanggup, kerana ramai yang akan berumahtangga dan mempunyai tanggungjawab, jarak, masa, kerjaya, semua itu akan bertindih-tindih menjadi penggerak alasan.

Muhasabah

Pun begitu, orang tua tetap menjadi keutamaan. Bak kata suami, jangan difikirkan apa yang orang lain perlu lakukan. Fikir apa yang kita perlu usahakan dan selesaikan. Jangan difikir kenapa orang itu begitu kenapa orang ini begini. Perlu difikir apa sumbangan kita apa yang kita lakukan ketika masih ada ruang dan amanah. Allahu Allah. Saya selalu rasa, iya, betul dan betul. Selagi mana hayat masih ada, maksudnya punya peluang untuk lakukan yang terbaik, walau kadankala ada juga salah silap. Kita kan manusia, tetapi harapnya saya ini bersegera menutup segala kelemahan dan punya rasa tanggungjawab tanpa prejudis melihat sisi-sisi yang lain, tetapi fokus dengan apa yang ada. Terima kasih Allah atas segala peluang dan cabaran.

Alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin