Saturday, March 2, 2013

Dari mana mahu mula?

Salam kasih sayang 3. Mac 2013

Oleh kerana kebanyakan yang datang sini adalah yang baru dan baru mencari info tentang bekerja dari rumah, jadi ini langkah-langkah awal yang boleh diambil.

Sebelum ini ada saya menawarkan tiga dropship

1. Produk sunnah
2. Kedai buku online
3. Dropship borong

Untuk menyertai salah satu, kalian hanya beli salah satu ebook atau buku saya. Syarat minima yang saya letak adalah asas permulaan, berapa kita berani labur untuk mendapatkan peluang baru dan ilmu baru. Jadi syarat itu adalah wajib, untuk melihat komitmen kalian.

Salah satu tujuan asalnya adalah, kerana ada ramai yang tidak tahu mula dari mana dan tidak ada produk yang ingin dijual.



Salah satu trend yang amat baik dalam bisnes online kini, ramai yang sudah boleh mula bisnes tanpa modal. Secara ringkas dropship, agen menjual/memasarkan barangan secara online, apabila pelanggan membayar, barang atau produk dipos terus kepada pelanggan. Boleh melihat turutan berikut.

1. Melibatkan pembekal, barang di stor, agen, promosi jualan, pelanggan, sistem penghantaran (syarikat kurier)

2. Pembekal perlu menguruskan agen, stok produk dan urusan penghantaran pelanggan.
3. Agen pula menguruskan promosi melalui laman web jualan, fb, blog, mencari sasaran pelanggan, menerima bayaran produk dan kemudian barulah menguruskan tempahan kepada pembekal.
4. Setelah menerima bayaran dan butiran, pembekal akan membungkus dan menghantar terus ke alamat pelanggan.
5. Segala urus niaga status produk penghantaran akan berlaku antara pembekal dan agen dan juga agen dan pelanggan.
6. Agen perlu mengikut terma dan syarat yang sudah ditetapkan, contohnya tempoh penghantaran, status produk, masalah dan sebagainya.

Hanya miliki mana-mana buku/ebook saya sahaja. Syarat asas.






Bagi yang sudah memiliki di atas boleh sertai bisnes dropship berikut:

Langkah  demi langkah mula bisnes tanpa modal adalah seperti berikut

1. Saya menawarkan dua pilihan dropship berikut

a. Kedai Buku Online Network- Iaitu menjual buku-buku popular terbitan Karangkraf, Galeri Ilmu, Pts, Telaga Biru, Inteam Publication

b. Produk Sunnah- Iaitu menjual produk makanan sunnah, seperti madu, kurma, susu kambing, minyak zaitun, cuka kurma, cuka epal dan banyak lagi.
2. Pilih mana salah satu di atas, a atau  b, mesej saya di fb http://www.facebook.com/masayu.ahmad. Sebelum itu beli buku Jana RM Dari Rumah atau ebook www.janawangdirumah.com, bacaan wajib.

3.Setelah menyertai salah satu dropship di atas. Kalian hanya perlu

3.1 Create fanpage, contohnya http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom- percuma sahaja kan, dan mula ambil gambar buku berdasarkan dalam panduan yang diberikan.


Ini contoh kedai yang sudah sertai dopship ini







No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin