Saturday, March 2, 2013

Singki kosong singki penuh-terapi buat suri rumah



Senarai yang belum selesai sehingga jam 9.32 bertarikh 2.3.2013
1. 3 bab suntingan
2. Email ebook 


Alhamdulillah, untuk hari ini aduhai-aduhai rasa lenguh-lenguh satu badan, sakit belakang. Ke sana ke sini, di usia 34 ini, terasa sungguh cepat masa berlalu. Anak-anak sedang membesar dan kerenahnya juga pelbagai.

Sekejapan tadi sedang masak untuk malam, Aiman menangis-nangis
ibu, ibu, ibu nak ibu, nak ibu. Melayan juga semek Arissa nok cu nok cu nok cu. Saya gesa-gesa siapkan lauk mudah sahaja untuk malam ini, goreng kangkung dan ikan, serta lauk ikan bilis untuk mertua.

Biasanya apabila selesai semua, terus masuk bilik dan baring sekejap. Suruh anak-anak pijak belakang, selalunya si puteri Arissa datang.

"Jak, jak, jak"

Mahu pijak maksudnya. Maka baringlah ibu ke dinding. Arissa susah payah berusaha naik ke atas belakang. Berat badannya kini sudah terasa. Pijakan kaki munggil itu mengena pada urat-urat letih. Kadangkala rasa lega juga. Sudah dua minggu tidak balik ke rumah ayah, apabila balik ke sana saya ambil kesempatan untuk berurut. Lega satu badan dan rasa ringgan. Malam ini susunan masih panjang, kain sudah ada tiga raga besar siap sedia untuk diselesaikan. Sebelum ke sana, saya akan gosok siap-siap untuk dua tiga hari keperluan en.suami, Hakim dan Arif. Arissa dan Aiman ibu bawa. 

Tinggalkan semalam atau dua malam begitu, membuatkan Hakim lebih disiplin. Dia tahu ibu tidak ada di rumah, jadi dia tidak mengada-ngada untuk melengahkan kerja sekolah. Hakim lah Hakim.





No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin