Saturday, March 9, 2013

Tips bertenaga rutin pagi-wahm, soho

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih sayang, ingat tak dulu masa mula-mula anak nak sekolah rajinnya saya memask pagi. Sudah beberapa kurun hehe, tak masak dan anak bawa bekal kuih muih atau kadang-kadang masak dan suapkan. Malam tadi Hakim beritahu dia mahu nasi goreng, roti goreng berinti ikan dan roti canai. Dua segera cuma panaskan sahaja. Nasi goreng saya sudah buat banyak sambal semalam, jadi pagi ini panaskan sambal, masukkan telur dan nasi, tambah kicap. Siap bekal Hakim sampai petang.
Juga bekal air kosong.

"Ibu tak payah pergi hari ni dih."
"Iya." Jawab Hakim, puas hati dengan bekalan hari ini mengikut permintaannya.

Hari ini marathon manuskrip, sebelah petang selepas jam 3 baru pos barang pelanggan, ada buku ada juga barang sunnah.

Pagi Ahad, adalah waktu rehat selepas Jumaat dan Sabtu yang padat. Sejak bulan lepas juga Arissa, sudah tidak dihantar ke PASTI, saya mahu luangkan lebih banyak masa bersamannya. Coletehnua kini bertambah kerana baru dapat mulut 'pot pet pot pet'. Kalau saya berada di luar, sangat rindu dan mahu balik cepat-cepat, segera selesai urusan dan balik, mahu peluk cium anak syurga ini. Iya kan kanak-kanak belum ada dosa, itulah sebabnya ubat paling mujarab atau terapi ibu yang penat adalah mencium dan memeluk anak.

Sekarang dia sedang nyenyak tidur sambil menyusu tadi. Saya belum putuskan untuk hentikan penyusuan, walau sudah tambah susu yang lain. Sehingga dia kata tak nak barulah berhenti sepenuhnya. Rasa belum puas peluk cium anak kecil. Cepat sungguh adik membesar.

Saya masih buka penyertaanya, kelas pertama sudah hampir penuh, tinggal seorang peserta lagi. Lihat blog protege saya di sebelah kanan ini, paling atas, jemput singgah ke sana, beberapa blog lagi bakal menyusul.

Juga ada permintaan untuk kelas 'advanced level'
- ini khusus untuk yang sudah ada blog dan menukarkan isi kandungan kepada Ebook saya akan buka penyertaan ini apabila saya selesai ebook saya 30. Ataupun bemula Disember 2013 dan ia hanya akan dibuka kepada 10 orang sahaja setiap bulan. Untuk saya lebih fokus.

- Bagi yang asas, untuk belajar menulis, boleh mula dengan kelas di bawah ini dahulu. Tetapi bagi yang sudah ada blog tetapi isi kandungan kurang menarik, blog tiada pelawat, buntu untuk menulis, tidak ada konsisten dalam penulisan, tidak fokus, boleh sertai yang di bawah ini. Segalanya asas.

Saya kongsikan membina blog berpengaruh. Blog ini sudah dijejaki dan tersiar di Ruangan Mega Utusan Malaysia, Harian Metro, Mingguan Wanita dan Majalah Nur. Dan masanya saya menurunkan ilmu penulisan ini. ;) Moganya saya meninggal, ada ilmu yang dikongsi dan bermanfaat. Setiap kalian ada keunikan tersendiri, jangan tiru saya, tetapi serlahkan keunikan sedia ada.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin