Tuesday, March 19, 2013

masa cukup pantas, tercungap dibuatnya

Teks: Masayu
Singgah di sini untuk belajar asar blog dan  penulisan, pendaftaran sudah dibuka

Sudah petang, kejap lagi maghrib, hari ini sudah 19.3.2013. Masya Allah lajunya masa, pagi tadi saya tidak masak, tengahari buat satu periuk besar tomyam, untuk menu tengahari, petang dan malam.

Kanak-kanak riang pulang tadi berkejaran ke dapur. Setiap orang mengambil satu cawan ais krim coklat, sudah di situ bersambung pula satu mangkuk kuetiew tomyam. Semua sudah kenyang, kembali berlari ke laman, menghabiskan sisa petang sebelum matahari terbenam.

Saya masih berfikir untuk membeli kolam besar untuk anak-anak. Satu hari diluar rumah dari pagi hingga petang. Malam bersambung pula aktiviti sebelum tidur. Itu sangat baik, sebabnya anak-anak saya tidak berada dalam kesesakan lalu lintas. Hakim hanya 5 minit pergi dan lima minit pulang, begitu juga Arif dan Aiman. Dekat sahaja. Saya cuma berkejaran sebelah tengahari dan petang. Dua hari ini Arif dan Aiman en. suami yang hantarkan. Jadi saya boleh sambung rutin bekerja tanpa gangguan, hanya diselang seli aktiviti surirumha jemur pakaian, mengemas, melayan Arissa.

Pagi, saya akan selesaikan Arissa, apabila dia sudha mula tidur. Saya pecut ke pejabat pos. Perlu pandai bajet masa. Kerja pula perlu pantas.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin