Bismillah, dengan nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Apa khabar suri sekalian, bermula lagi kita dengan rutin pagi sibuk. Hari ini sudah 4.3.2013. Alhamudlllah selesai sudah masak sarapan merangkap tengahari lauk gulai kelantan dan nasi putih. Dalam tu masuk sekali ikan kering dan telur itik. Hihi dah jadi tiga dalam satu punya lauk, ada ikan tenggiri, ikan kering dan telur itik. Semua untuk tiga generasi, atuk, nenek, anak dan cucu. Boleh begitu? Memang lah boleh.
Selesai juga jemur pakaian dua tali, aduhai saya memang masih guna kaedah tradisional, tinggal bersama mertua ada benda saya masih kekalkan cara tradisional dan ada perkara yang lain saya cuba seiiringkan dengan jadual kesibukan saya.
Dapat lebih 100 produk makanan sunnah di sini ya
Produk lain akan menyusul secara berperingkat.
Mari kita serap tenaga dari ibu-ibu yang hebat berikut
Rutin adalah berbeza sebelum dan selepas saya mempunyai anak. 3 tahun pertama saya memulakan perniagaan, jadual kerja harian lebih bebas kerana saya cuma perlu memikirkan diri sendiri dan suami. Ada masa di mana saya sibuk menyiapkan tempahan, kami akan makan di luar atau saya boleh mengenepikan dulu urusan kerja rumah. Tetapi apabila sudah mempunyai anak, jadual berubah mengikut peringkat usia anak. Saya tidak mempunyai pembantu rumah dan tidak pernah menghantar anak ke pusat jagaan. 2 tahun pertama membesarkan anak, saya cuma mampu mengambil tempahan untuk 2-3 pelanggan saja. Selebihnya saya akan mengajar kelas decoupage atau kelas bunga telur 1-2 kali sebulan di hari minggu di masa suami dapat membantu menjaga anak. Waktu malam selepas anak tidur, saya gunakan untuk mengemaskini blog, laman facebook bisnes dan menjawab pertanyaan dari email pelanggan. Farah HafizahSumber: Ebook Super Wahm, Super Mom
Semuanya bermula semasa saya mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun 2000. Ayah saya seorang yang mahir dalam apa jua kerja pertukangan. Beliau telah menyiapkan sendiri khemah serta binaan asas pelamin untuk kenduri saya. Siapa sangka, khemah yang tidak seberapa yang dibuat dari besi lebihan & kanvas kitar semula seolah-olah menjadi ‘modal kepada pendapatan sampingan’ keluarga kami. Dari situ, saya dan ayah bernekad untuk memulakan perniagaan hujung minggu secara kecil-kecilan iaitu ‘perkhidmatan menyewa kanopi’. Beberapa ketika, aktiviti perniagaan ini dijalankan secara kecil-kecilan oleh ayah dan separuh masa bagi pihak saya yang lebih menjurus kepada pengurusan tempahan, pengiklanan dan aliran wang tunai. Kerana meningkatnya permintaan, saya dan ayah telah membuat beberapa lagi kanopi yang lebih baik dan cantik serta menambah perkhidmatan kepada perkhidmatan katering & PA system.
Saya tinggal di kawasan yang boleh dianggap ‘kampung’ di pinggir ibu kota. Jika ada kenduri kahwin, saya pasti ‘turun padang’ untuk bantu jiran-jiran. Dari buat bunga pahar, hantaran…sampai ke hias pelamin. Saya rasa seronok bermain dengan reben, kain dan bunga-bunga. Dari suka-suka, saya mula menerima tempahan dari saudara-mara serta rakan-rakan. Memandangkan keadaan saya yang bekerja, saya menghadkan tempahan yang masuk agar tidak mengganggu waktu kerja & waktu keluarga yang ada. Bila dah ada perniagaan sampingan dengan ayah, menjadi-jadi pula tempahan yang saya terima sampai ada yang mencadangkan untuk saya buat pelamin.Etha Bahrom, Gobok The Boutique.http://superwahmsupermom.blogspot. comSaya tinggal di kawasan yang boleh dianggap ‘kampung’ di pinggir ibu kota. Jika ada kenduri kahwin, saya pasti ‘turun padang’ untuk bantu jiran-jiran. Dari buat bunga pahar, hantaran…sampai ke hias pelamin. Saya rasa seronok bermain dengan reben, kain dan bunga-bunga. Dari suka-suka, saya mula menerima tempahan dari saudara-mara serta rakan-rakan. Memandangkan keadaan saya yang bekerja, saya menghadkan tempahan yang masuk agar tidak mengganggu waktu kerja & waktu keluarga yang ada. Bila dah ada perniagaan sampingan dengan ayah, menjadi-jadi pula tempahan yang saya terima sampai ada yang mencadangkan untuk saya buat pelamin.Etha Bahrom, Gobok The Boutique.http:// superwahmsupermom.blogspot. com
Hati ini amat tenang, gembira senyum sampai telinga dan juga ada perasaan ragu dan terfikir, boleh ke nanti bagi mak dan abah setiap bulan.Sarah, tiga tahun setengah, adalah orang yang paling gembira."Mak tak kerja hari ini Sarah." Dia menyampuk " yeay".Hari pertama berjalan lancar, sempat bermain dan membaca buku dengannnya sambil menguruskan kerja menambah baik facebook dan blog secara online sahaja.Akhirnya, setelah lebih kurang setahun merancang, pada bulan Februari 2012 saya menghantar surat berhenti kerja dengan sebulan notis dan March 2012 juga saya melepaskan jawatan saya. Perasaan masih bercampur baur, gembira kerana hajat didapat tercapai, sedih kerana sudah lebih 8 tahun saya bekerja di sana bersama rakan-rakan.ALLAH sahaja yang mengetahui, setiap kekuatan hanya padaNYA, setiap bulan mampu memberi kepada mak dan ayah, mampu berbelanja, anak-anak saya terasa dekat dengan saya, saya ada masa yang flexible untuk bekerja. Rezeki keluarga pun tidak putus-putus untuk keluarga.Satu pencapaian yang membanggakan bagi Uwais, sudah bertukar pada kelas yang lebih baik setelah tiga tahun di kelas yang sama, bermaksud keputusannya lebih baik dari segi akademik dan saya ada masa untuk mendidiknya baik dari segi urusan dunia mahupun akhirat. Uzair pula dapat menduduki tempat pertama dalam kelasnya dan terbaik bagi subjek Bahasa Inggeris pada peperiksaan yang lalu. Sarah pula, walaupun saya tidak punya banyak masa mengajarnya secara formal, saya cuma terapkan unsur pendidikan secara santai dan saya dapat rasakan dia lebih mesra dengan saya.Bukan ukuran akademiknya bagus yang dijadikan asas terbaik tetapi saya ada masa saat anak perlukan, mendengar ceritanya setiap kali balik sekolah, menasihatinya semasa dalam perjalanan balik dari sekolah.Apatah sekarang musim cuti sekolah, setiap minggu ada aktiviti yang kami dapat lakukan bersama.Dahulu, terlalu banyak masa dan wang terbuang kepada perkara-perkara lain sedangkan masa yang bernilai dan berharga adalah saat ia masih kecil untuk dibelai, dimanja dan diberi perhatian bukan juga mainan mahal sebagai gantinya.
Boleh bayra terus RM50 sahaja untuk dua ebook dengan sebuah buku bonus strategi pemasasaran cara rasulullah
Lebih banyak pilihan pakej promosi di sini ya
No comments:
Post a Comment