Monday, March 11, 2013

Tips kekal bermotivasi buat surirumah

Foto: Google

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah pagi indah bermula lagi, alhamdulillah. Pagi ini tidak memasak, mertua sudah masak daging kicap. Resipini saya pernah buat tetapi tidak sama. ;)

Hakim sudah ke sekolah, Aiman dan Arif belum selesai. Arissa sambung tidur semula seperti biasa. 10 tips berikut memberi tenaga segar buat surirumah cara saya ;)

1. Selalunya saya menikmati minuman yang saya suka, milo kosong panas atau kopi susu kambing, atau kopi habbatusauda. Menikmati makanan kegemaran memberikan mood gembira, kata pakar kesihatan dalam sebuah jurnal.

2. Selepas urusan anak-anak selesai, atau selepas hantar Aiman dan Arif, saya akan singgah di salah satu makanan sarapan kegemaran, ini kes kalau saya malas makan di rumah. Salah satu, nasi daun pisang. Di sini kepakarannya ada daging goreng kunyit, gulai itik, serati, ayam kampung. Saya sudah jadi pelanggan tetap pula di sini. Kalau singgah lewat jam 10 pagi saya bungkus siap-siap untuk Hakim. Biasanya saya pergi ke sekolah Hakim sekitar 1.30 untuk Ahad dan Isnin. Hari ini selesa, 12.15 Hakim sudah keluar. Semalam katanya, mahu saya teman juga masa makan. Jadi tunggu jugalah sehingga Hakim selesai makan, baru sambung tugas hantar barang ke pejabat pos.
Terdapat tiga lokasi kegemaran saya, satu lagi nasi kerabu, lokasi ke tiga nasi padang merpati putih. Disitu lauknya banyak sedap dan murah. ;)
Masa makan inilah saya menikmati masa rehat sebentar sebelum sambung semula.

3. Urut tradisional. Badan sakit-sakit dan lenguh. Iyakan kita bukan sekadar suri rumah tetapi juga suri super, macam-macam perkara perlu diselesaikan di rumah dan di luar rumah. Urutan salah satu pilihan rawat dan rehat untuk saya, balik miggu lepas masih juga tidak sempat. Kita lihat 14 haribulan ini, mungkin selepas selesai urusan ayah, 15 hb saya mahu urut lagi.

4. Reward pada diri sendiri atas usaha sendiri. Semalam saya reward pada diri sendiri, insya-allah reward ini adalah salah satu pelaburan terbesar saya. Sangat rasa bersyukur dan teruja, tidak tahu mengambarkan bagaimana, kerana hasil menulis mampu memberi saya peluang melabur sebegini rupa. Rasa sangat gembira dan terharu hasil ebook ini, iaitu penulisan di blog ini menjana pendapatan harian dan bulanan buat saya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya masih simpan angan-angan untuk realisasikan sebuah bilik Soho yang penuh rak buku, dan rak itu dipenuhi buku-buku saya sendiri, dengan operasi di rumah, lokasi berdekatan pejabat pos. Juga agen buku online kini makin bertambah setiap hari, alhamdulillah. Soho itu mempunyai panorama hijau, iaitu landskap mengikut kemahuan dan citarasa saya. Di situlah akan dihabiskan usia dengan menulis, menulis, menulis dan berkongsi inspirasi dan motivasi. Ia seolah-olah sudah memanggil-manggil saya dan sudah melambai-lambai. Soho ini sudah jelas di depan mata, Allah tangguhkan dahulu agar saya perlu lebih kuat berusaha dan pada masa yang sama saya fikir saya masih ada amanah yang perlu dijaga iaitu kedua mertua dan ayahanada. Insya-Allah ia akan direalisasikan cepat atau lamba, itu semua urusan Allah. Urusan saya adalah berusaha dengan cara terbaik, tidak putus asa dan tidak kenal jemu.

Dua Ebook ini hanya RM50 sahaja dan mendapat buku bonus di bawah

Tempah dan bayar di sini ya

Pakej di atas paling laris setakat ini terima kasih atas kesudian kalian mendapatkannya, moganya lebih ramai surirumah dapat menjana pendapatan aktif dan pasif seperti saya. Alhamdulillah, terima kasih Allah.


Kelas pertama belajar asas blog juga hampir penuh, dan saya sedang mencari konsep cover ebook untuk dua pelajar yang sedang gigih menyiapkan tugasan.Ya, hasil akhir belajar blog ini adalah kalian mendapat sebuah ebook hasil penulisan bersama saya. Juga dua blog bisnes iaitu, blog kedai buku online dan blog produk sunnah. Jadi bayar pendaftaran hanya sekali, dan pendapatan insya-Allah, jika sudah rezeki yang Allah restui, maka saya harapkan pelaburan kalian itu menjana pula pendapatan pasif dan aktif sebagaiman saya.

Cumanya saya sekarang sedang mengejar 30 ebook/buku untuk dua tahun ini. Dan boleh fokus 1 buku.ebook setiap bulan sambil menyampaikan ilmu ini kepada kalian melalui kelas di atas.

Ya, saya menjana pendapatan aktif dan pasif sepenuhnya dari blog ini, blog ini adalha titik mula yang cukup penting buat saya sebelum mempunyai kedai online yang lain. Kepada Allah sayang bersujud atas segala nikmat dan kasih sayang ini. Terima kasih Allah

Sambung lagi ya, Aiman dan Arif belum siap lagi.

Wasalam.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin