Sunday, March 24, 2013

Terus melangkah gagah-suami bersuara kasihan saya dan anak-anak- Puan N

Teks: Masayu Ahmad
Saya suka soalan perkongsian begini. Banyak yang boleh dikongsikan dengan wanita yang mempunyai matlamat yang sama sebegini.
www.janawangdirumah.com

Assalamualaikum kak Masayu.

Saya ada beli ebook jana wang dari rumah www.janawangdirumah.com
Habis dah baca semua. Dari bacaan ini saya dapat idea untuk mula bisnes dari rumah. Mahu juga cuba peluang dropship, terutama jual buku. Masih boleh lagi ka? Atau untuk orang Malaysia saja?

Nak share, kenapa saya ada niat jadi WAHM, itu pun kalau sudi nak baca, hehehe. Saya sekarang cuti pantang 105 hari, bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah kerahaan. Dilema saya sekarang, anak sudah dua orang umur dua tahun dan seorang lagi 2 bulan. Tinggal 1 bulan lebih sudah mula kerja semula. Sekarang saya sangat seronok menjadi 'surirumah' sementara.

Dapat masak untuk keluarga, yang paling seronok dapat menyusukan sepenuhnya bayi. Yang sulung tak pernah mendapat penyusuan esklusif tapi bagi ebm sampai dua bulan sahaja. Kasihan. Saya ada pembantu rumah. Masalahnya dia akan tamatkan perkhidmatan tidak lama lagi. Belum habis kontrak dua tahun kerja dengan saya..
Saya mula ada pembantu rumah pada akhir tahun 2011 sampai sekarang. Dalam masa untuk mendapatkan pembantu rumah di sini bukan senang. sekali kena tipu, duit habis bayar tetapi pembantu tidak ada. Yang kedua habis bayar, kerja tak sampai 2 tahun saya hantar balik Indon sebah masalah sikap. Ambil lagi seorang yang masih kerja pada masa ini, bari 4 bulan dah nak balik Mei ini. Bayangkan dalam masa 3 tahun beribu dihabiskan, tetapi tak ada yang dapat saya harap sangat. Kasihan dengan anak. Selepas dia balik nanti, tidak tahu siapa nak jaga anak masa kerja nanti. Taska di sini jauh dari tempat kerja, mertua sudah berumur, mak bapa masih kerja, adik-adik sekolah, nenek saya sudah uzur. Suami pernah bersuara, kasihan dengan saya dan anak-anak. Tambahan, nanti apabila saya kerja lagi susa sebab saya jaga 4 keas tahun 11 yang akan menduduki peperiksanan O level tahun ini. Kelas tambahan memang banyak.

Sampai satu hari kebetulan baca Mingguan Wanita, ruangan mengurus kewangan tulisan tuan Suntharasegar ada tulis tentang WAHM. Saya google, keluar blog akak, selepas baca tulisan akak, ingin tahu tentang WAHM, semakin kuat. Saya rasa inilah penyelesaian masalah saya. Tetapi saya ada sasaran mungkin saya mahu jadi WAHM pada tahun hadapan apabila sudah bersedia. Insya-Allah, mudahan ditetapkan hati ini.


Apa nasihat dan pandangan akak? Saya juga berminat mahu belajar buat blog. Sebelum ini saya ada buat blog tetapi tidak menjadi sebab tidak tahu dan keliru dengan toolsnya. Tu pun dua tahun yang lepas (2011), blog tu macam tu la keadaannya, macam rumah buruk. Kononya saya nak tulis kisah kehamilan pertama saya. Tetapi tidak menadi, sebab itulah nak belajar mahu buat blog. Macam mana ya? Masih buka lagi ke pendaftaran belajar asas blog?

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca dan beri peluang saya belajar dengan akak, salam perkenalan dari Brunei.

NOTA: saya sudah menjawab soalan di atas, namun ada lagi mahu saya jawab dan saranan. Pun, begitu, saya mahu berkongsi dahulu catatan di bawah ini.

Ulasan ebook Super Wahm Super Mom, Fatin Farhana Kamarudin


Alhamdulillah,setelah selesai membaca ebookSuper Wahm Super Mom, pada hari ini 23/3/2013, sekali lagi saya memperolehi banyak ilmu baru, terutamanya dari segi maksud WAHM, SAHM, dan SOHO, yang saya tidak faham maknanya sebelum ini. Juga terdapat banyak nasihat, tips-tips berguna serta pengalaman hidup para ibu di luar sana.

Pengalaman hidup mematangkan kita, tidak kira pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain, dapat juga kita jadikan panduan serta iktibar. Sangat berguna perkongsian yang dikongsikan oleh para ibu di dalam ebook ini, setiap manusia pasti akan melalui saat suka dan duka yang berbeza bagi setiap orang.

Maka, perkongsian terbuka sebegini dapat membuka mata masyarakat, khususnya kaum wanita, supaya mereka yang kebuntuan serta tiada arah tuju dan inginkan perubahan dalam hidup, lebih jelas dan memahami serta dapat dijadikan panduan kepada diri sendiri, daripada kisah hidup masyarakat yang terdapat dalam ebook Super Wahm Super Mom.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
      Antara petikan kata-kata daripada perkongsian cerita para ibu di dalam ebook yang menarik perhatian saya, dan menjadikannya sebagai panduan serta nasihat yang amat berguna, antaranya :-
"Tidak mempunyai majikan bukanlah bermakna saya tidak perlu berdisiplin. Tetapi bekerja sendiri memerlukan lebih disiplin daripada kerja-kerja lain yang ada, terutamanya bila kita memegang jawatan "SURIRUMAH SEPARUH MASA" dan "IBU SEPENUH MASA" dan "USAHAWAN"." - Norhanita Bahrom


Disiplin amat penting bagi saya, perancangan serta jadual perlu diatur dengan sebaik-baiknya, supaya kita dapat membahagikan masa untuk bisnes, keluarga dan diri sendiri. Itu yang paling penting, supaya segala urusan berjalan dengan lancar dan tidak terabai.


Saya amat suka petikan ini, "Ramai merasakan rugi kerana tidak bekerja makan gaji, membazir masa dan wang ringgit, belajar tinggi hingga ke peringkat ijazah tetapi duduk di rumah. Kepada kebanyakan orang mereka merasakan bekerja dari rumah itu sesuatu yang remeh dan lekeh. Sedangkan sebenarnya, masa dan tenaga yang diperah untuk menjayakan perniagaan itu adalah lebih berat berbanding bekerja makan gaji." - Farah Hafizah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lagi petikan yang membina, "Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada gagalnya sebuah perniagaan online. Kebanyakannya kerana tidak mampu memberi komitment kepada perniagaan yang dijalankan. Harus ingat, 'part-time' bukan bermaksud 'sambil-sambil' tapi mesti memperuntukan sebahagian daripada masa." - Siti Nurazlina Noh

Petikan kata-kata Puan Harlinda pula, "Bagi saya cabaran datang dari diri sendiri. Jika kita bijak mengurus masa dan berdisiplin, tiada masalah dan cabaran yang tak dapat diatasi. Tidak dinafikan bekerja di rumah sangat menuntut kesabaran dan kekuatan mental, fizikal dan jiwa yang kental. Ini kerana kita perlu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan memberi perhatian kepada anak-anak. Pada masa yang sama kita perlu FOKUS kepada perniagaan. Tetapi setiap cabaran tersebut boleh diatasi dengan syarat kita berdisiplin, sabar dan tidak merungut."
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlampau banyak kata-kata yang menjadi peransang buat saya yang masih bujang dan baru dalam dunia yang serba mencabar ini, ingin dikongsikan lagi kata-kata yang indah daripada Puan Nadzura Sabri, "Lain orang lain dugaannya, lain orang juga lain cabarannya, setiap satu dugaannya pasti mahu menduga sejauh mana kita redha dengan ketentuannya, juga kita bersyukur dengan nikmatnya. Setiap dugaan pasti ada hikmah yang tersembunyi, tinggal tunggu masa untuk dicari dan digali dan dirasai rasa hikmah itu."

Usai membaca, saya sedikit tersentak berkaitan pengurusan masa, sebelum ini, saya agak serabut minda serta tidak terurus segala urusan. Alhamdulillah, ebook Super Wahm Super Mom ini telah pun menyedarkan saya tentang kesilapan kecil yang boleh dan perlu dibaiki segera, kerana masa itu emas. Tanpa perancangan masa yang betul, kita akan kerugian masa yang sangat berharga.

Sebelum saya mengakhiri entri kali ini, ada satu petikan dalam ebook Super Wahm Super Mom yang amat berkenan di hati ini,
            "Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus-menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu berhenti."
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Super Wahm, Super Mom

Bab 1: Apa itu wahm, sahm, soho
Bab 2; Mengambil keputusan bekerja dari rumah
2.1 Sudah tidak ada hati bekerja
2.2 Persediaan asas
2.3 Langkah bijak Aida Fadzlin sebelum berhenti kerja
2.4 Puan M berkongsi dilema

Bab 3:  Kisah Inspirasi Wahm, Soho
3.1 Norhanita Bahrom. Gobok Boutique
3.2 Fauziah Ahmad, 
3.3 Farah Hafizah
3.4 Norazizah Ruslan-Business & health advisor
3.5 Lyna Noh - Malaysian Mums Biz Network
3.6  Faziatun Nisa Chocville Online Choc Boutique
3.7 Durra Mohamed Jamri 
3.8 Hani Arziana-SoHoIBU
3.9 Noor Hidawati
3.10 Harlinda Halim-Malaysian Work-At-Home-Mom Community
3.11 Nadzura Sabry


Bab 4: Cabaran bekerja dari rumah dan solusi
4.1 Bekerja di rumah tanpa pembantu
4.2 Urus stres dengan super gembira
4.3 Cabaran bekerja dengan anak kecil
4.3 Norhafizah Madzlan-cabaran mengurus enam anak
4.4 Zaila, berkorban kerjaya demi keluarga
4.5 Norain Kanafi

Bab 5: Tips sukses urus masa
5.1 Pengurusan masa untuk wanita
5.2  Ibu super sibuk, tips terapi diri
5.3 Urus masa keluarga
5.3 Sibuk yang fleksibel

Bab 6 : Tips urus tenaga super mama
6.1 Tenangkan diri, jangan stress, stres!
6.2 Fokus kepada matlamat
6.3 Rawat dan rehat

Bab 7:  Tips urus rumah tangga
7.1 Mengawal semangat yang teruk
7.2 Perlukah pembantu rumah?
7.2 Cari kelainan untuk segarkan urusan rumahtangga
7.3 Kelaziman surirumah yang menyeronokkan

Bab 8: Tips motivasi surirumah terhebat
8.1 Setiap orang ada satu kisah
8.2 Bekerja dengan jiwa
8.3 Mengekalkan momentum motivasi
8.4 Kisah teladan sepanjang zaman

RM50 sahaja untuk dua eboo, dan satu buku bonus

beli di sini dahulu www.janawangdirumah.com

Kemudian baki RM30, bayar di sini http://www.kedaibukuonline.biz/index.php/tempahan

Ini buku bonus


masih dibuka penyertaan kelas asas blog dan penulisan ;)



Alhamdulillah, menerima pelajar baru lagi untuk kelas asas protege blog dan penulisan. Mulai 10 April saya buka dua lagi pakej baru iaitu pakej VIP dan Pakej BESTARI

Pakej BESTARI- pakej baru
Yuran RM60 sahaja- 1 kelas 10 orang
Pakej Asas blog
Kedai Online (buku network)
Bina kedai kalian sendiri
Tips penulisan konsisten idea mengalir lancar
Pilihan blog mengikut kepakaran dan pengalaman

Pakej Ekslusif-ini yang sedang saya buka sekarang
Yuran RM120
Asas blog
Penulisan
Kedai Online
Tips penulisan
Pilihan blog mengikut kepakaran dan pengalaman
Hasil penulisan bersama
Tinggal 13 lagi kekosongan, harga yuran selepas ini adalah RM150

Pakej VIP-pakej baru
Yuran RM370- one to one
Transformasi blog ke Ebook
Ramai yang sudah mempunyai blog tetapi tidak tahu menyusun dan terbitkan sebagai ebook
Saya akan ajar one to one untuk menyiapkan blog pertama kalian
Kalian boleh jual sendiri atau hantar mana-mana penerbit online

Ini ulasan protege saya

Ini senarai protege yang sudah pun mendaftar dan blog mereka sedang dikemas kini.

Ada lagi beberapa pelajar akan mendaftar.






Yuran pendaftaran RM120




Pandangan 1: Kak Aishah 


Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja.  Tetapi memang sebenarnya telah dirancang oleh Allah SWT. Ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya.  Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut.  Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.


Sebelum masuk ke Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu, saya memang sudah ada blog sendiri. Tetapi, blog itu hanya menjadi sawang setelah 3 tahun tidak dikemaskinikan. Bukan setakat tidak dikemaskini malah nak terus menulis pun tak ada idea, lebih-lebih lagi penyakit malas pun dah menyerang.

Sebaik sahaja saya dapat tahu Puan Masayu ada menawarkan kelas ini dengan bayaran yang berbaloi dan mampu dibayar, saya terus mendaftar sebagai pelajar. Bagi saya kelas ini memang sangat praktikal dijalankan secara online.  Semua langkah-langkah dan tugasan diberikan secara online melalui facebook.  Inilah salah satu kebaikan facebook yang patut kita terokai untuk digunakan sebagai medium penghubung sesama manusia.  Walaupun jauh tetapi dekat di hati.  Lagipun bagi ibu-ibu seperti saya ni manalah ada masa nak pergi ke kelas lepas waktu pejabat.  Balik petang dah terkejar nak ambil anak.  Hujung minggu pun nak luangkan masa dengan keluarga juga.  Pendek kata tak habis-habislah dengan keluarga.  Dah tu masa bila yang nak belajar.  Orang kata kalau tak berkorban macam mana nak maju. Jadi saya rasa ambil ajelah kelas online. Yang saya mampu korbankan hanyalah waktu malam saya.  Janji semuanya dibuat di rumah.  Malam-malam tidur lambat sikit sambil-sambil layan homework anak-anak.  Harap-harap dengan pengorbanan yang sedikit ini akan memberi peluang untuk saya maju dan menambah ilmu yang berkat di sisi Allah SWT, in shaa allah. 

Pada hari pertama saya mula kelas, saya sudah diberikan satu dokumen rujukan yang mengandungi langkah-langkah untuk membina blog.  Dan sifu saya ni memang seorang yang bersemangat tinggi.  Tugasan pertama memang sudah tertera di dalam nota tugasan.  Setiap malam, selalunya beliau akan online untuk sebarang pertanyaan dan tunjuk ajar.  Namun pada hakikatnya, beliau sebenarnya sentiasa online 24 jam. Namanya pun online, jadi sifu akan terima soalan-soalan melalui mesej di facebook dan beliau akan jawab semua soalan secepat yang mungkin.  Tetapi janganlah mengharapkan jawapan serta-merta.  Puan Masayu kita pun ada tugasan lain juga di siang hari.  Tetapi selalunya beliau akan menjawab semua pertanyaan sebaik sahaja beliau online.

Berbalik kepada kelas online, Puan Masayu selalunya akan membimbing pelajar-pelajarnya “one-to-one” secara online menggunakan kemudahan facebook “chat”.  Pada waktu malam kelas bermula dari pukul 9 sehingga 11 malam.   Waktu itulah kita jadikan ruang untuk bertanya dan meminta nasihat dan tunjuk ajar dari sifu.  Jika kita tiada apa-apa masalah, kita boleh teruskan dengan penulisan entri atau apa sahaja tugasan yang diberikan oleh sifu.  Bila belajar online ni, pelajar akan jadi lebih pro-aktif.  Tak adalah mengharapkan cikgu datang tunjukkan satu-satu baru nak buat.  Cuma baca arahan dan tugasan yang diberikan di dalam facebook dan pelajar boleh terus buat tugasan berpandukan arahan. 

Bagi saya yang tidak mempunyai asas penulisan, saya rasakan bukanlah satu tugas yang mudah untuk menulis sesuatu entri.  Lebih-lebih lagi nak tulis entri yang bertepatan dengan tajuk blog yang telah dipilih.  Bila masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, Puan Masayu bukan setakat mengajar cara untuk wujudkan blog sahaja tetapi juga akan memberi tunjuk ajar cara penulisan.  Bukanlah dibiarkan sahaja kita merapu dalam blog.  Malah sebelum wujudkan blog juga, perbincangan awal antara sifu dan pelajar akan dijalankan bagi menentukan tajuk dan konsep blog.  Setiap hari pelajar akan diberikan dua tugasan dan bila siap beliau akan semak dan sunting entri pelajar-pelajar.  Tetapi, jangan risau, tugasan semuanya bukanlah kena buat tergesa-gesa.  Sifu pun tidak akan memaksa pelajar-pelajar untuk siapkan tugasan.  Ikut pada kadar kemampuan dan masa pelajar itu sendiri.  Dan yang pentingnya beliau akan sentiasa memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang perlahan macam saya ni. Beliau juga akan buat promosi blog pelajar-pelajarnya di facebook supaya trafik blog kita meningkat.  Bila trafik bertambah laju bertambah, laju jugalah semangat pelajar untuk menulis.


Pelajar-pelajar juga akan sentiasa dibantu dengan tips yang berkaitan dengan tajuk blog masing-masing.  Jadi bila idea tersangkut, cepat-cepatlah minta bantuan sifu.  Sebagai seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang penulisan, dia banyak sangat membantu saya dengan idea-idea dan cara menulis.



Setelah mengikuti kelas online ini, saya rasa memang cukup berbaloi mendaftar diKelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu.  Bukan kerana setakat ilmu menulis blog yang diperolehi tetapi juga kerana matlamat akhir kelas ini.  In shaa allah di pengakhiran kelas ini sifu akan membantu pelajar-pelajar untuk menerbitkan sebuah ebook.  Saya tak pernah impikan yang saya akan ada ebook sendiri dan rasanya tidak akan dapat melakukannya sendiri tanpa ilmu dan bimbingan dari sifu saya ini.  Saya amat menyarankan sesiapa yang ingin mencuba menulis blog dan belajar asas penulisan cepat-cepatlah mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu Ahmad.  Bayarannya berpatutan dengan ilmu yang bakal dipelajari dari seorang sifu yang tidak pernah kedekut ilmu.  


Daftar sekarang

RM120 sahaja



Teks: Fatin Farhana


Assalamualaikum saya ucapkan.

Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.

Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.

Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.


Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka  menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.



Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.


Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.




Teks: Nurulhuda Ismail @Wahid

Penemuan facebook peribadi milik Puan Masayu merupakan titik permulaan saya mengikuti Kelas Asas Blog & Penulisan yang dianjurkan olehnya. Dek kerana saya amat mengimpikan menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa tetapi masih mempunyai sumber pendapatan sendiri bagi membantu suami tercinta menguruskan kewangan keluarga, saya tergerak hati untuk mengikuti kelas ini. Terus-terang, saya tidak ada kemahiran menulis. Malah semasa di bangku sekolah, subjek karangan adalah subjek yang paling lemah buat diri saya. Oleh itu, apabila menemui kelas seperti ini, saya tidak akan melepaskan peluang untuk belajar. Seperti kata guru saya semasa di sekolah dahulu, bakat dan kemahiran seseorang boleh diasah. Tidak selamanya kita akan terus tidak pandai dalam sesuatu kalau kita tidak berusaha untuk mempelajarinya. 

Setelah beberapa siri perbincangan dibuat bersama Puan Masayu, saya akhirnya mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang pelajarnya. Ada 4 sebab utama mengapa saya tidak teragak-agak untuk mengikuti kelas ini:

1) Yuran yang dikenakan amat berpatutan (tidak terlalu mahal untuk dibayar);
2) Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara online sememangnya sangat praktikal dan memudahkan sesiapa sahaja, terutamanya bagi orang-orang yang berkerja seperti saya;
3) Kelonggaran diberikan kepada kami sekiranya kami mempunyai kekangan masa untuk menyiapkan tugasan harian yang diberikan pada masa yang ditetapkan;
4) 'Murid' yang diambil pada setiap sesi adalah dalam saiz kumpulan yang kecil supaya setiap daripada kami dapat dibimbing 'one-to-one' supaya tidak ada diantara kami yang tercicir atau ketinggalan.

Saya sememangnya tidak boleh memberikan komitmen yang tinggi dan berterusan jika kelas yang dibuat wajib dihadiri mengikut jadual yang telah ditetapkan. Faktor kerja dan masa bagi menguruskan anak-anak sendirian selepas waktu kerja amat membataskan saya daripada duduk di hadapan komputer setiap hari untuk mengikuti kelas. Jika kelas yang dibuat dijalankan hanya pada hujung minggu sahaja juga sukar untuk saya ikuti kerana pada masa itulah saya akan menghabiskan masa bersama-sama anak-anak dan suami, berehat, mengemas rumah, pulang ke kampung, malah kadang-kala terpaksa ke pejabat untuk menyiapkan kerja.

Alhamdulillah, saya tidak salah membuat pilihan untuk mengikuti kelas ini. Banyak tips dan ilmu penulisan yang saya pelajari melalui tugasan yang diberikan. Antara tips asas penulisan yang diajar kepada kami ialah:
1) Entri perlu ditulis setiap hari supaya idea lancar mengalir.
2) Konsisten menulis dan menyiapkan tugasan.
3) Banyakkan membaca dalam bidang genre kita supaya mudah memberi input baru dan kesegaran dalan penulisan kita.
4) Tulis dengan jiwa yang ikhlas supaya penulisan kita sampai ke hati pembaca.

Tugasan pertama, kami diberikan beberapa soalan analisis, dan daripada jawapan-jawapan kami itulah Puan Masayu akan memberikan tajuk blog yang bersesuaian mengikut minat dan kemahiran masing-masing. Kemudiannya kami akan diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk menulis blog berdasarkan tajuk blog masing-masing. Dan disinilah keistimewaan kelas online ini, semua soalan dan jawapan daripada mentor dan mentee, serta nota dan tunjuk ajar daripada mentor, boleh diajukan dan diberikan pada bila-bila masa mengikut kelapangan kami semua. Entri juga boleh dibuat secara santai dan berperingkat, tiada tekanan langsung yang diberikan oleh mentor Puan Masayu di sepanjang kelas ini. Malah kami juga digalakkan untuk membantu rakan-rakan yang lain sekiranya menghadapi sebarang masalah berkaitan blog, walaupun tajuk dan genre blog kami berbeza di antara satu sama lain.

Bagi saya, semua ilmu, tips dan tunjuk ajar, serta dorongan yang Puan Masayu berikan di sepanjang kelas ini  melebihi daripada apa yang kami bayar. Banyak ilmu yang tidak ternilai yang dikongsikan beliau bersama kami. Tunjuk ajar tanpa jemu, serta tidak memaksa kami untuk menyiapkan semua tugasan pada masa yang tertentu, amat saya perlukan dan hargai. Malah apabila melihat rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan entri mereka secara konsisten membuatkan saya juga begitu bersemangat untuk menyiapkan semua tugasan walaupun ada menghadapi sedikit masalah yang menyebabkan saya terhenti seketika daripada menulis sewaktu di minggu pertama kelas.

Saya amat mengesyorkan kepada semua para pembaca yang ingin mempelajari teknik asas blog dan penulisan supaya menyertai kelas ini, kerana kita bukan sahaja mendapat ilmu dan bimbingan di dalam bidang penulisan, malah kita juga akan menghasilkan sebuah ebook dan juga sebuah buku di pengakhiran kelas ini. Ini bermakna, dipenghujung kelas ini, kita bukan sahaja mendapat kemahiran menulis, malah dapat menghasilkan sebuah ebook tulisan sendiri yang pertama, serta memperolehi semula modal yang dilaburkan melalui penjualan ebook tersebut.

Mudah-mudahan, ilmu, jasa dan bakti Puan Masayu mendidik kami melalui Kelas Asas Blog & Penulisan ini dapat memberikan impak yang besar ke dalam hidup kami selepas ini. In shaa Allah, semoga perjalanan kami di sepanjang kelas ini dipermudahkan dan berjaya mencapai matlamatnya. Amin...



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin