Friday, March 22, 2013

Laju berlari ke garisan

Teks: Masayu Ahmad

Alhamduillah untuk momentum dan kesegaran emosi yang tidak saya gambarkan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memberi banyak peluang, kesyukuran luar biasa saya panjatkan. Alhamdulillah dengan segala urusan dipermudahkan.

Dulu-dulu ketika kecil saya masih kabur apa cita-cita saya. Kemudian ketika mahu menduduki SPM tidah tahu mengapa saya mahu ambil jurusna berlainan. Dan ketika STPM, saya mula tekad mahu jadi wartawan.

Dipendekkan cerita, saya pernah berkata, aku tidak mahu jadi guru, kerana ia kurang sesuai dan tidak pandai mengajar. Ini adalah kerana ramai kawan-kawan menjadika guru sebagai pilihan utama.

Nah, sekarang ia adalah doa dimakbulkan. Di luar jangkaan saya, apabila saya juga kini mengajar mengajar pula secara online yang tidak dengan masa dan juga ketetapan asas kelas dan pelajar. Ia berada di dalam luar jangkaan saya.

                                                  http://belajarasasblog.blogspot.com/
Yuran masih lagi RM120, genap 20 penyertaan pertam, yuran baru adalah RM150, bertindak segera ;)

Bertambah pula keterujaan saya dengan ulasan protege kelas ini. Allahu Allah, terima kasih atas peluang ini. Sangatlah seronok kelas ini adalah berdasarkan kepakaran ciput saya, dahulu di Universiti pernah sebagai Ketua Pengarang, Timbalan Ketua Pengarang Berita Kampus, iaitu projek tahun akhir pelajar kewartawanan  Universiti Sains Malaysia.Kemudiannya menjalani praktikal di Kumpulan Karangkraf, kemudian tahun akhir sebelum habis belajar saya sudah dapat tawaran bekerja, kerana masa masih belajar itu, saya telah dipanggil temuduga, itu juga atas informasi senior, Zulina Hassan, pada waktu itu kak Zu wartawan di majalah Dewan pelajar. Kak Zu kini menulis dari rumah dan bergelar editor juga, operasi sama macam saya masih di rumah.

Diringkaskan cerita, saya bekerja di editorial Mingguan Wanita, ya sangat seronok, masakan tidak budak kampung, masuk bandar. Apatah lagi kerja wartawan majalah lebih seronok, (akhbar pun sama tetapi tarikh akhir penulisan adalah setiap hari), kebanyakan program adalah di hotel-hotel terkemuka di lembah klang mahupun luar. Lima, bintang 4 bintang smeua kami jelajah, dilayan seperti vip juga, ini yang seronok. Apatah saya ini kan budak kampung, ia memang luar biasa. Kalau mahu out station juga, pilih mana yang berkenan, ia adalah percuma, kerana kita datang atas dasar kerja dan banyak mendapat penajaan penginapan mahupun  apa sahaja layanan yang cukup baik.

Ok, saya ringkaskan cerita, nanti ada masa saya sambung lagi kisah di atas. Kemudian saya berhijrah pula ke Amanah Ikhtiar Malaysia, iaitu Insititusi Kewangan Mikro, khusus menyediakan pembiayaan mikro kepada masyarakat luar bandar, tetapi kini sudah ada program untuk luar bandar juga.
Di sini saya mengetuai Unit Penerbitan, masya-Allah di sini saya banyak belajar dari A-Z semua urusan penerbitan adalah di bawah tanggungjawab saya, dan AIM ini berada di seluruh Malaysia dengan jumlah cawangan saya sudah (tidak tahu status semasa) menjeljah ke pelosok negara.
Di sini kerja pun sama, tetapi tugasnya lebih banyak, kerana amanah juga banyak. Siri menjelajah seluruh negara, pun sama juga seperti semasa jadi wartawan, jadi saya tiada masalah akna hal itu. Masa bujang kita jelah sungguh-sungguh, semenanjung, sabah, sarawak.

Kemudian sudah berkahwin, saya sudah kembali dengan matlamat yang lain iaitu bekerja dari rumah, yang ini sudha saya cerita netr yang lepas

Guru online
Cerita belum habis, saya juga belum masak. Nanti saya sambung ya

Sebelum itu saya mahu kongsi ulasan protege kelas asas blog dulu

Ulasan Fatin Farhana
http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-blog-dan-penulisan.html


Blog? Tidak pernah terlintas difikiran untuk membuat blog dan tidak pernah sedar, yang sebenarnya, setiap hari saya mencari maklumat serta membaca perkongsian masyarakat di internet itu, rupa-rupanya, blog namanya.
Setelah mengetahui fungsi serta kelebihan blog, apabila Belajar Asas Blog bersama Puan Masayu Ahmad, gembira bukan kepalang saya dibuatnya. Tidak pernah disangka-sangka yang saya akan terlibat dengan pembuatan blog ini.

Pada suatu hari, saya membelek-belek akhbar Utusan, bahagian Gaya Hidup Keluarga Moden [mode] bertarikh 14.02.2013, akhbar itu telah menjadi koleksi terbaru saya. Tiba-tiba mata saya tertumpu pada tajuk Panduan ibu bekerja dari rumah. Saya memang peka jika ada cerita tentang wanita didalam akhbar.
Dengan fokus dan terujanya saya membaca, terus cari di internet Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM,SAHM,SOHO), ketika itu saya belum tahu linknya, lagi bertambah teruja apabila gambar blog di akhbar itu terpampang di skrin komputer, waktu itu juga saya Bookmark dan mencari lagi, tentang pengasas blog tersebut Puan Masayu Ahmad. Selepas membaca beberapa entri dalam blog beliau, di sudut kanan blog terdapat link facebook beliau. Kerana perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang beliau, saya jadikan kawan.

Tidak disangka-sangka pula, saya terlihat post beliau tentang Kelas Belajar Asas Blog, setelah PM dan membuat bayaran, pada hari itu juga kelas bermula. Ya Allah, teruja yang melampau saya pada waktu itu. Alhamdulillah, Puan Masayu Ahmad dikenali sebagai kak Mas, telah mengajar saya dari A-Z tentang asas blog, apa sahaja pertanyaan yang diajukan, segera dijawab, dari tidak faham langsung, sehinggalah saya faham penggunaan blog ini. Yuran yang dikenakan amat berpatutan, tidak ternilai ilmu dan masa yang dicurahkan, dengan wang ringgit.
Belum pun sampai sebulan berguru dengan kak Mas, pelbagai ilmu baru yang telah saya perolehi. Bukan sahaja saya tahu tentang blog, malah pencarian gambar, maklumat untuk entri, link-link yang berkenaan, serta hobi-hobi saya yang telah lama dilupakan telah pun dihidupkan kembali, seperti membaca, mengkaji, menulis, dan banyak lagi. Minda semakin kreatif, semangat ingin berjaya membuak-buak. Selain itu yang gembiranya, sesama rakan blog juga, dapat saya belajar perkara baru daripada mereka, pengalaman mereka menjadi motivasi dan sumber rujukan bagi saya.

Seronok sebenarnya belajar beramai-ramai, dan belajar di alam maya ini. Tidak perlu berkejar-kejar, tidak membuang masa, setiap masa terluang saya, akan diisikan dengan pencarian maklumat dan banyak pembacaan.
Walaupun tugasan yang diberikan agak mencabar bagi anak muda yang tiada pengalaman dalam penulisan, saya cuba dan terus mencuba, belajar terus menerus bersama guru yang tidak pernah jemu dengan pertanyaan saya, yang bagi saya amat sukar untuk berkenalan serta berguru seperti beliau pada masa kini.

Terima kasih yang tidak terkira kepada kak Mas kerana sudi meluangkan masa dan berkongsi ilmu kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain.

Jika kita lihat, blog memang mudah dibina dan sesiapa pun mampu membuat blog, tetapi untuk mencipta blog yang menarik serta berpengaruh amat sukar jika tiada guru untuk membimbing, bila-bila masa sahaja kita akan ketandusan idea, serta tidak fokus dan akhirnya, blog itu akan terbiar sahaja tanpa entri baru serta penambahbaikan. Banyak juga blog-blog yang saya lawati, terhenti sekerat jalan.
Jadi, bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara membuat blog yang berpengaruh, dan idea yang tidak putus-putus untuk menulis, carilah guru yang boleh dan ingin membimbing kita. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Insya Allah.
Nota: Terima kasih Fatin, atas pandangan ini, alhamdulillah, moga lebih ramai lagi yang mendapat manfaat, kalian boleh baca di pautan di bawah
http://tipsjahitanfatinfarhana.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-blog-dan-penulisan.html





Ini pula Ulasan Sulatin Hanunu


Saya membuka lembaran akhbar Utusan Malaysia Mega Mode 14hb Februari 2013, terpandang saya satu bahagian yang begitu menarik perhatian saya. Inilah yang saya cari-cari. Masayu Ahmad, penulis buku Jana RM Dari Rumah.

Hmmm... macam mana ye saya nak hubungi beliau? Lalu saya google Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO) dan saya dapat menghubungi beliau melalui facebook. Memang dah lama sangat saya mencari guru yang boleh mengajar saya membuat blog ini, biarlah orang kata saya terlewat atau dah lambat tapi bagi saya 'better late than never'. Saya sanggup belajar macam budak tadika baru nak mengenal ABC, 123 dan sebagainya, yang penting perjalanan saya untuk mengetahui sedalam-dalamnya mengenai blog atau blogger ini akan tercapai, insyaALLAH.

Setelah mendaftar sebagai pelajar Tutorial Asas Blog, saya dan kawan-kawan lain (juga telah mendaftar sebagai pelajar) diajar secara 'one to one' online melalui facebook bermula dari mencipta emel, membuat blog mengikut analisa yang telah diberikan. Saya bersyukur sangat-sangat kerana Pn Masayu Ahmad mengajar saya yang 'zero knowledge' mengenai blog ni dengan penuh kesabaran. Saya memang akan banyak bertanya itu dan ini kerana ingin mendapatkan 'output' yang bernas lagi kreatif. Setiap hari Pn Masayu akan memberikan tugasan mengikut bidang. minat dan kemahiran masing-masing. Pn Masayu memberitahu pada yang baru mahu melatih menulis, tulislah setiap hari untuk catatan harian. Jangan tinggalkan dan lihat perubahan sepanjang 44 hari. Idea akan mengalir lancar. Hendaklah sentiasa konsisten dalam bidang penulisan ini. Tulis dengan jiwa. Tulis dengan ikhlas. Begitulah nasihat beliau.

Saya amat-amat berharap saya dapat melahirkan blog yang padat dengan informasi yang berguna kepada trafik blogger.
InsyaALLAH
Nota: Alhamdulillah, terima kasih Sulatin Hananu Mohd Aris, semoga semakin konsisten dengan penulisan dan idea yang mencurah. Singgah blog beliau di sinihttp://sulatinhananu.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html




Daftar sekarang, di sini ya
http://belajarasasblog.blogspot.com/




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin