Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, syukur atas nikmat Allah dengan segala urusan yang dipermudahkan. Hampir separuh tugasan selesai, namun masih bertarung lagi dengan manuskrip. Untuk itu saya ubah suai semula kedudukan meja kerja. Mahu cari kelainan baru.
Laju tahun ini dirasakan, sudah pun 22.3.2013
Bersambung ya, saya mahu masak dulu ')
Masih lagi ramai yang keliru untuk bekerja di rumah, juga imbangan antara urus soho dan juga anak-anak kecil. Ini saya kongsikan salah satu pertanyaan ibu kepada dua anak kecil.
Assalamualaikum.Pandangan ibu-ibu lain
Mahu minta pandangan dan nasihat, saya ada 2 orang anak. Seorang berusia 2 tahun dan serang lain 6 bulan. Setiap hari masa berlalu begit pantas, saya hanya dapat rehat selepas dua anak ini tidur. Masa saya banyak menjaga dua anak yang aktif ke sana ke sini. Saya masih tertanya-tanya sesuai atau tidak saya berjualan online. Pada masa sekarang saya mengajar mengaji dan tuisyen. Mohon berkongsi tips bisnes online sambil mengasuh anak-anak yang aktif.
Puan N
Noraini Dollah
Sama situasi seperti saya, ada dua anak lelaki 3 tahun dan 6 bulan yang aktig. Bagi saya bisnes dropship amat sesuai sebab tak perlu bungkus barang dan keluar ke pejabat pos, hanya promosi sahaja. Tetapi perlu cari syarikat dropship yang bagus pengurusannya. Urusan promosi pula buat masa anak sudah tidur.
Emma Novianty
Saya juga buat dropship, baru mula secara serius dalam tempoh 3 bulan dan masih merangkak. Saya masih kelam kabut tetapi masih sesuaikan diri. Saya cuba kemas kini barang baru pada tengah mala. untuk menjawab soalan pelanggan pula tidak tentu masa.
Norhafizah Hasamuddin
Saya mahu berkongsi, saya ada tiga anak lelaki umurnya 6 tahun, 4 tahun dan 1 tahun setengah. Memang sedang lasak, pada mulanya sukar untuk seimbangkan antara jaga anak, buat kerja rumah seperti basuh baju, kemas rumah dan lain-lain. Itu tidak termasuk tugasan mendidik anak-anak, memang tidak terkejar masa 24 jam.
Pada pandangan saya, hanya disiplin dan pengurusan masa sahaja cara paling baik untuk teruskan dalam bisnes online, dropship dan lain-lain. Cua buat satu jadual, kalau tak dapat ikut, jadual tu setiap hari memadai dapat ikut dalam 80 peratus. Insya-Allah lama-kelamaan puan akan biasa dengan tugasan harian, tugasan bisnes, promosi atau apa sahaja boleh buat pada masa tengah malam. Jadi perlu korbankan sikit tidur lambat. Waktu pagi juga sangat bagus untuk mulakan dengan ursan bisnes, cuba dahulu lama-kelamaan akan dipermudahkan.
Ini saranan dan pandangan saya ya ;)
Ops saya mahu sarapan dulu, nanti kita sambung
Pakej Bekerja Dari Rumah RM50
Iklan: Dapatkan dua ebook ini asas persediaan untuk bekerja dari rumah dan juga pengurusan super duper wahm. Hanya 50 untuk 2 ebook dan 1 buku bonus: Strategi Pemasaran Cara Rasulullah.
Buku Bonus
Bayar di sini ya RM50 sahaja
atau pakej ini
Pakej Mula Bisnes RM95
RM95 sahaja
No comments:
Post a Comment