Tuesday, March 19, 2013

Pandangan protege kelas asas blog dan penulisan


mahu belajar blog, di sini ada butirannya -http://belajarasasblog.blogspot.com/

Baca ulasan dan pandangan protege kak Aishah di bawah ini ya,
http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html


Terkesima sekejap pembaca ulasan dan pandangan kak Aishah. Terima kasih kembali ;)
Ulasan protege kelas asas blog dan penulisan
............................................................................................................................................
Pertemuan dengan Puan Masayu Ahmad di alam maya ini adalah secara tidak sengaja. Tetapi memang sebenarnya telah dirancang oleh Allah SWT. Ketika beliau mengumumkan tentang kelas online Asas Blog dan Penulisan, saya langsung tidak perasan mengenainya. Sebaik sahaja saya terbaca status facebook beliau, saya terus menghubungi beliau bertanyakan berkenaan kelas tersebut. Setelah berbincang saya bersetuju mendaftar sebagai pelajar.

Sebelum masuk ke Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu, saya memang sudah ada blog sendiri. Tetapi, blog itu hanya menjadi sawang setelah 3 tahun tidak dikemaskinikan. Bukan setakat tidak dikemaskini malah nak terus menulis pun tak ada idea, lebih-lebih lagi penyakit malas pun dah menyerang.

Sebaik sahaja saya dapat tahu Puan Masayu ada menawarkan kelas ini dengan bayaran yang berbaloi dan mampu dibayar, saya terus mendaftar sebagai pelajar. Bagi saya kelas ini memang sangat praktikal dijalankan secara online. Semua langkah-langkah dan tugasan diberikan secara online melalui facebook. Inilah salah satu kebaikan facebook yang patut kita terokai untuk digunakan sebagai medium penghubung sesama manusia. Walaupun jauh tetapi dekat di hati. Lagipun bagi ibu-ibu seperti saya ni manalah ada masa nak pergi ke kelas lepas waktu pejabat. Balik petang dah terkejar nak ambil anak. Hujung minggu pun nak luangkan masa dengan keluarga juga. Pendek kata tak habis-habislah dengan keluarga. Dah tu masa bila yang nak belajar. Orang kata kalau tak berkorban macam mana nak maju. Jadi saya rasa ambil ajelah kelas online. Yang saya mampu korbankan hanyalah waktu malam saya. Janji semuanya dibuat di rumah. Malam-malam tidur lambat sikit sambil-sambil layan homework anak-anak. Harap-harap dengan pengorbanan yang sedikit ini akan memberi peluang untuk saya maju dan menambah ilmu yang berkat di sisi Allah SWT, in shaa allah.


Pada hari pertama saya mula kelas, saya sudah diberikan satu dokumen rujukan yang mengandungi langkah-langkah untuk membina blog. Dan sifu saya ni memang seorang yang bersemangat tinggi. Tugasan pertama memang sudah tertera di dalam nota tugasan. Setiap malam, selalunya beliau akan online untuk sebarang pertanyaan dan tunjuk ajar. Namun pada hakikatnya, beliau sebenarnya sentiasa online 24 jam. Namanya pun online, jadi sifu akan terima soalan-soalan melalui mesej di facebook dan beliau akan jawab semua soalan secepat yang mungkin. Tetapi janganlah mengharapkan jawapan serta-merta. Puan Masayu kita pun ada tugasan lain juga di siang hari. Tetapi selalunya beliau akan menjawab semua pertanyaan sebaik sahaja beliau online.

Berbalik kepada kelas online, Puan Masayu selalunya akan membimbing pelajar-pelajarnya “one-to-one” secara online menggunakan kemudahan facebook “chat”. Pada waktu malam kelas bermula dari pukul 9 sehingga 11 malam. Waktu itulah kita jadikan ruang untuk bertanya dan meminta nasihat dan tunjuk ajar dari sifu. Jika kita tiada apa-apa masalah, kita boleh teruskan dengan penulisan entri atau apa sahaja tugasan yang diberikan oleh sifu. Bila belajar online ni, pelajar akan jadi lebih pro-aktif. Tak adalah mengharapkan cikgu datang tunjukkan satu-satu baru nak buat. Cuma baca arahan dan tugasan yang diberikan di dalam facebook dan pelajar boleh terus buat tugasan berpandukan arahan.

Bagi saya yang tidak mempunyai asas penulisan, saya rasakan bukanlah satu tugas yang mudah untuk menulis sesuatu entri. Lebih-lebih lagi nak tulis entri yang bertepatan dengan tajuk blog yang telah dipilih. Bila masuk Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, Puan Masayu bukan setakat mengajar cara untuk wujudkan blog sahaja tetapi juga akan memberi tunjuk ajar cara penulisan. Bukanlah dibiarkan sahaja kita merapu dalam blog. Malah sebelum wujudkan blog juga, perbincangan awal antara sifu dan pelajar akan dijalankan bagi menentukan tajuk dan konsep blog. Setiap hari pelajar akan diberikan dua tugasan dan bila siap beliau akan semak dan sunting entri pelajar-pelajar. Tetapi, jangan risau, tugasan semuanya bukanlah kena buat tergesa-gesa. Sifu pun tidak akan memaksa pelajar-pelajar untuk siapkan tugasan. Ikut pada kadar kemampuan dan masa pelajar itu sendiri. Dan yang pentingnya beliau akan sentiasa memberi semangat kepada pelajar-pelajar yang perlahan macam saya ni. Beliau juga akan buat promosi blog pelajar-pelajarnya di facebook supaya trafik blog kita meningkat. Bila trafik bertambah laju bertambah, laju jugalah semangat pelajar untuk menulis.


Pelajar-pelajar juga akan sentiasa dibantu dengan tips yang berkaitan dengan tajuk blog masing-masing. Jadi bila idea tersangkut, cepat-cepatlah minta bantuan sifu. Sebagai seorang mentor yang berpengalaman dalam bidang penulisan, dia banyak sangat membantu saya dengan idea-idea dan cara menulis.


Setelah mengikuti kelas online ini, saya rasa memang cukup berbaloi mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu. Bukan kerana setakat ilmu menulis blog yang diperolehi tetapi juga kerana matlamat akhir kelas ini. In shaa allah di pengakhiran kelas ini sifu akan membantu pelajar-pelajar untuk menerbitkan sebuah ebook. Saya tak pernah impikan yang saya akan ada ebook sendiri dan rasanya tidak akan dapat melakukannya sendiri tanpa ilmu dan bimbingan dari sifu saya ini. Saya amat menyarankan sesiapa yang ingin mencuba menulis blog dan belajar asas penulisan cepat-cepatlah mendaftar di Kelas Asas Blog dan Penulisan bersama Puan Masayu Ahmad. Bayarannya berpatutan dengan ilmu yang bakal dipelajari dari seorang sifu yang tidak pernah kedekut ilmu.

Baca lagi di sini ya

http://aishah-hussein.blogspot.com/2013/03/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin