Wednesday, September 11, 2013

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?

Teks: Masayu Ahmad

Sesiapa pun boleh, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.

Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?

Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?

Bekerja secara sambilan

Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.


Kembali bekerja

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.

Sasaran dalam jangka masa pendek

Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)

Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.

Tambah pengalaman, kemahiran, pengetahuan

Anda rasa masih belum berpuas hati dengan kemahiran dan pengalaman yang ada. Jadi, boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa untuk mengasah kembali kemahiran dan ingin belajar perkara baru.

Mencari perubahan baru

Selepas berhenti kerja, anda ditawarkan dengan gaji lumayan. Boleh mempertimbangkan hal tersebut, tetapi niat asal sudah tentun akan kembali ke pangkuan keluarga. Saat kritikal yang diperlukan adalah semasa proses anak-anak membesar dan juga semasa anak-anak mula bersekolah. Ini boleh dirancangan daripad awal.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Tg Suriyanor said...

Salam Masayu. Saya sangat bersetuju dengan cara untuk bekerja sambilan sementara untuk menambah modal dan juga membayar hutang. Niat untuk bekerja sendiri dari rumah masih diteruskan, cuma kerja sekejap untuk kesenangan masa depan. Terima kasih di atas tips tersebut, datangnya pada waktu yang diperlukan - Suriyanor

Masayu Ahmad said...

salam suriyanor

bekerja semula adalah salah satu matlamat kewangan jangka pendek, sama ada untuk mengumpul modal atau membayar hutang dengan tempoh lebih singkat

ia lebih berbaloi jika dibandingkan dengan membuat pinjaman dan pinjaman

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin