Saturday, June 5, 2010

Membina motivasi dalaman diri

Teks: Masayu Ahmad

Hanya diri sendiri sahaja yang tahu minat, keupayaan, kekurangan, kekuatan dan jati diri. Apbila ada orang yang mengkritik dan membuat penilaianan kepada kita usaha mudah kecewa, patah semangat dan jauh merudum semangat motivasi. Kerana orang lain itu melihat sekadar hanya luaran sahaja, mereka tidak tahu apa keupayaan diri kita.

Cara menangani kritikan

Ambil perkara positif

Apabila anda menyataka keghairahan anda untuk melakukan sesuatu perubahan, membina cita-cita, bekerja dari rumah, mengusahakan bisnes atau apa sahaja, teruskan. Jangan mudah rasa kecewa dan luluh hati apabila ada rakan-rakan atau ahli keluarga memandang rendah. Ambil perkara positif sahaja, berkawan dengan mereka yang menyokong. Mereka yang suka mengkritikn usahakan menimimakan perbualan negatif, maksudnya bukan buang kawan, tetapi buat sementara waktu bataskan pergaulan dengan orang yang negatif dan suka menjatuhkan motivasi kalian.

Wujudkan hubungan harmoni

Berdepan dengan kritikan kadangkala membuatkan kita rasa sakit hati, wal hal apa yang diperkatakan adalah betul. Tetapi kalian boleh meneruskan baik dengan sahabat-sahabat, kekalkan perhubungan. Apa yang tidak suka buat tidak tahu sahaja. Anda perlu jadi macam span, serap sahaja dan perah kembali air yang berlebihan.

Buktikan kalian boleh

Apabila ada yang memandnag rendah usaha kalian, buat endah tidak endah sahaja. Mereka yang memberi pandangan dan kritikan tidak tahu apa situasi dan perancangan anda. Teruskan sahaja tanpa perlu menoleh kebelakang. Jika sudah berjaya, mereka dengan sendirinya akan datang mengucapkan tahniah. Sudah resam kehidupan yang berjaya dipuja, yang gagal dicemuh. Ambil jalan tengah dengan berusaha menjaga keserderhanaan diri, bersyukur dan tetapkan pendirian kalian sebagaimana masa berjaya dan masa gagal.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Zaila Mohamad said...

Zaila setuju, kadang-kadang kritikan mahupon ejekan berguna untuk kita, moga kita bangkit memajukan diri & bukan makin merendah diri..hehehe

Masayu Ahmad said...

zaila

kalau dikutkan rasa kecewa boleh menyebabka gagal atau sebaliknya juga, tapi pandai2 lah mahu pilih yang mana ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin