Tuesday, June 8, 2010

Masa senang masa susah

Teks: Masayu Ahmad

Dalam kehidupan sudah tentu kita mengalami turun naik, kejayaan, kekecewaan, bangga, suka, duka, gembira, perasaan merudum dan sebagainya. Bukan namanya kehidupan jika tidak ada catatan suka duka. Betul tak? Tetapi apa yang penting apabila menghadapi satu-satu masalah kita masih rasional membuat pertimbangan.

Nikmat rasa cemburu, sedih, kecewa, adalah perasaan negatif yang sudah tentunya ada penyebab mengapa kita berperasaan begitu. Apabila berada dalam keadaan ini banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk mengusir jauh-jauh perasaan negatif yang menguasai diri. Pergi bercuti, menziarah keluarga, bertemu teman lama, melakukan hobi adalah satu terapi yang boleh dilakukan.

Terapi buat wanita

Ada wanita suka membeli belah, suka mengumpul koleksi pinggan mangkuk, suka melancong. Apa pun lakukan kerana kepuasan diri sendiri, bukan orang lain.

Wanita juga terutama yang sudah berumah tangga, mahukan toleransi dan kerjasama daripada suami. Menguruskan urusan rumah tangga, anak-anak bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, tetapi jika sepakat ia sangat ringan untuk dikerjakan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin