Teks: Masayu Ahmad
Salam pagi Khamis, kedatang hari baru setiap hari, rutin sama, tugas baru, tanggungjawab yang baru. Orang yang sama atau orang yang baru. Semangat yang sama atau semangat yang baru.
Semangat yang teruk
Semangat yang teruk apabila melihat kerja yang menimbun, kerja rumah tangga yang tidak pernah habis. Kerja harian yang perlu dibuat seperti mengemas rumah, urusan pakaian kotor, pinggan mangkuk, dan pelbagai lagi. Kadangkala suri rumah rasa sangat malas, kerana sudah tepu dengan rutin yang sama. Mahu atau tidak perlu buat juga.
Menaikkan semangat
Sangat suka apabila melihat anak-anak bersih, wangi dan terurus. Begitu juga keadaan dalam rumah yang sentias bersih dan kemas
Bagaimana cara untuk konsisten
Jadualkan urusan kerja
Bukan sahaja mereka yang belajar mempunyai jadual waktu. Surirumah yang terurus juga mempunyai jadual urusan rumah tangga yang boleh membantu pengurusan masa dengan lebih baik. Ia lebih fleksibel dan boleh ditukar mengikut kemampuan dan kemahuan suri rumah.
Bekerja di rumah
Tambahan pula mereka yang berstatus suri bekerja di rumah, menguruskan rumah tangga pada masa yang sama masih bekerja. Kesibukan juga berganda. Perlu ada penyelarasan ke semua tugas.
Kurangkan ativiti pencuri masa
Laman sosial (Face book), internet tv, dan medium sosial yang lain boleg menggangu tumpuan anda sekiranya tidak bijak mengawal. Berpada-pada dalam mengawal aktiviti ini agar masa tidak dibazirkan kepada kurang berfaedah.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
2 comments:
salam Mas, nak kurangkan aktiviti pemcuri masa tu SANGAT susahhhh...hehehe
salam syahida
mula yang mudah dulu, baru yang susah insya-allah
Post a Comment