Tuesday, June 22, 2010

Secawan kopi, selembar kertas

                                                         Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah untuk rezeki hari ini. Apa khabar suri sekalian, harapnya dalam tenaga yang membara sentiasa. Emosi saya sudah stabil, kerajinan juga sudah konsisten. Hari ini sarapan cekodok pisang bersama kopi radix.

Masakan untuk pagi dan tengahari juga sudah siap. Saya juga bukan sahaja bersarapan tetapi terus saya mengambil hidangan tengahari. Hari ini mahu marathon menulis. Hujung minggu ini akan ke Port Dikson, jadi saya mahu selesaikan apa yang sudah disenaraikan.



Mari kita selongkar apa tugas yang perlu diselesaikan hari ini

Tugas perlu selesai hari ini

1. Pos buku
2. Hantar buku perpustakaan desa
3. Kemas rumah
4. Urus anak-anak

Tugas segera dan perlu selesai Jun 2010 (tidak meletakkan kod di sini, hanya sebagai penanda bagi pihak saya)

1. jahdhdskh
2.kasaklsja
3.ahakld
4.kasakljs

Empat di atas adalah kategori segera dan saya masih berbaki 7 hari untuk menyelesaikannya. Insya-Allah

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin