Monday, June 7, 2010

Tip: saya mahu jadi WAHM atau SAHM

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Selasa, semoga apa yang dirancang untuk hari ini berjalan dengan sempurna, insya-Allah. Sudah memasuki pertengahan tahun, apa yang sudah dan telah berjaya kalian capai. Ada yang berkira-kira mahu jadi suri rumah, mahu bekerja dari rumah, mahu bisnes sendiri atau apa sahaja.

Tetapkan matlamat

Dalam matlamat anda perlu ada tempoh masa realistik. Jika anda bermula untuk merancang penyelarasan semula kewangan, boleh bermula daripada sekarang sehingga anda sudah mencapai matlamat. Matlamat yang jelas juga adalah menetapkan tarikh yang sesuai. Sama ada mahu bermula 2011, 2011 atau apa sahaja tarikh.

Rancang daripada sekarang
Mula membuat analisa apa jenis kerja atau bisnes yang akan dilakukan. Buat senarai rancangan jangka pendek dan panjang. Anda boleh bermula merancang dan melakukan secara konsisten. Mula mengumpul maklumat melalui buku dan internet, mengenali rakan-rakan yang sudah bekerja dari rumah.

Tekad dengan keputusan

Apabila sudah benar-benar bersedia, fizikal dan mental teruskan langkah. Perjalanan fasa ke dua akan bermula. Dua tahun pertama adalah tahun-tahun penting sama ada anda mampu menangani segala cabaran dan dugaan. Bekerja sendiri sangat hebat, cabarannya juga hebat. Apabila anda sudah menyelami segala pahit manis, pada satu tahap sudah tepu dengan apa sahaja yang datang. Sudah tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Sudah berupaya menyelami kegagalan dan memulakan momentum yang baru agar sentiasa segar dalam perjuangan kehidpan. Tidak semua orang mampu untuk bekerja sendiri, tetapi diri sendiri lebih tahu apa yang terbaik dalam kehidupan.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin