Thursday, June 3, 2010

Villa Danialla Resort di Tok Bali Pasir Putih









Teks: Masayu Ahmad
Sumber:Villa Danialla Beadh Resort

Sebenarnya sebagai anak jati Kelantan, saya masih kurang menerokai keunikan dan keindahan negeri sendiri. Padahal sangat banyak tempat menarik untuk disinggah dan dinikmati. Tidak perlu ke tempat lain kalau mahu mencari inspirasi. Memandangkan balik pun kadang-kadang, jadi kesempatan hanya berada di kampung saya dan kampung suami. Pun begitu tidak berkesempatan lagi meneroka banyak tempat penginapan yang murah, ekslusif. Rupanya sangat banyak, hanya saya sahaja yang tidak ambil tahu.

Rakan saya yang bekerja di Kelantan mengatakan sangat banyak pilihan, hotel, resort, chalet dan kebanyakan adala berlokasikan tepi pantai. Naik rabun biji mata saya apabila melihat begitu banyak resort yang menawan hati. Sudah tentunya sebagai penulis saya sukakan tempat begini, selain menikmati ketenangan alam, sangat mengujakan menyiapkan kerja dalam suasana begini. Saya akan kongsikan satu persatu.

Mari kita selongkar salah satu resort yang berada di Tok Bali yang terkenal dengan jambatan tinggi. Tok Bali adalah tempat pelabuhan kapal-kapa atau bot-bot nelayan yang berkapasiti besar. Mempunyai pesisir pantai yang putih dan bersih. Berada dalam daerah Pasir Putih dan bersebelahan dengan Daerah Bachok. Iaitu kalau di Bachok terkenal dengan Pantai Irama (kampung arwah ibu), jika berjalan mengikut pesisir pantai akan sampailah ke kampung saya. Tidak berapa pasti berapa hari berapa malam kalau berjalan kaki. Tetapi kalau menaiki kenderaan lebih kurang 45 minit sahaja. ;D

Anda mahu menjadi penulis?

Walaupun saya sudah lama dalam bidang ini lebih kurang 9 tahun, tetapi bidang dan industri buku saya masih setahun jagung. Saya masih lagi budak belajar yang sedang merangkak, belajar dan terus belajar. Apabila ada yang mahu belajar dan mahu menjadi protege, saya rasa masih kurang layak. Kerana ilmu saya sangat cetek dan masih belum pro.

Tetapi jika ada yang benar-benar bersungguh, saya bersedia memberi pandangan. Tetapi kalian perlu bersedia juga dengan pandangan pedas dan kritikan saya. Kerana dalam bidang ini kita perlu ada hati batu dan tidak lut. Kalau kita mudah lemah dan patah semangat, sangat mudah untuk kita berasa kecewa. Bagi yang ingin meneruskan cita-cita sebagai penulis, asahlah tajam-tajam parang kalian. Insya-allah sekiranya bersungguh-sungguh kalian akan berjaya.

Apa istimewa jadi penulis bebas

Sudah tentu boleh bekerja walau di mana sahaja berada. Dan berpeluang ke mana tempat yang kita suka dan tidak perlu memikirkan suasanan jalan raya yang sesak. Kita boleh lari ke tempat pilihan dan citarasa sendiri untuk berinspirasi. Tetapi pandangan bermenung bawah pokok sambil menunggu ilham, saya sangat tidak setuju. Semuanya perlu ada perancangan dan persediaan.

Begitu juga dengan pandangan 'writer block' bagi saya ini terpulang kepada penulis itu sendiri. Saya menulis berdasarkan jadual kerja yang fleksibel, kadangkala boleh bekerja melebihi 12 jam dengan tekanan terkawal. Iaitu katakanlah editor mahu suntingan manuskrip cepat, maka saya secara secara semulajadi boleh pula tidur hanya 3 hingga 4 jam sahaja. Di sini persediaan mental perlu ada, kerana membuat suntingan perlu kepekaan dan ketelitian.

Perlu belajar bersabar

Apabila kalian sudah menghantar manuskrip tidak semestinya bulan seterunsya sudah boleh diterbitkan. Mungkin ada rezeki cepat, kadangkala bertukar penerbit dan mengambil masa beberapa tahu. Ini berdasarkan pengalaman sendirir. Namun Jana RM Dari Rumah adalah rezeki saya, kerana saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh sebulan sahaja. Ahamdulila buku ini sangat cepat proses terbitnya. Berbanding buku-buku saya yang lain masih menanti dan selalu ditukar jadual penerbitan. Apabila menghadapai situasi ini, saya terus sahaja menulis tanpa henti, yang itu saya serahkan rezeki kepada Allah s.w.t.

Terus berjalan dan berjuang

Apabila kalian menetapkan satu-satu perjalanan, memlih bidang kerjaya atau bisnes. Usah mudah putus asa, teruskan berjalan. Ambil setiap perkara yang berlaku sebagai iktibar dan cuba berusaha dan gandakan keyakinan bahawa pasti akan berjaya.

Manuskrip pertama

Saya masih ingat manuskrip pertama saya, iaitu sebuah novel, ketika itu masih bekerja di Karangkraf. Apabila menghantar manuskrip, hati saya berbunga ria dan mengebu-gebu. Menanti, hari, bertukar bulan dan tahun, masih tiada perkhabaran daripada editor. Saya ada menghubungi dan bertanya khabar dengan nada yang tidak ada perasaan mahu mendesak pihak satu lagi, setelah dua tahu menanti, saya baru mendapat kembali manuskrip tersebut. Apabila saya baca, selidik, dan membuat kajian semula, saya bersyukur karya tersebut tidak diterbitkan. Kerana apa? Kerana sanggatlah buruk manuskripnya. Saya ketawakan diri sendiri, kerana ilmu masih cetek sudah mahu gesa-gesa menerbitkan karya. Saya bermula semula, menghadiri bengkel, kajian dan penyelidikan berterusan.

Sehinggalah terbit Jana RM Dari Rumah, rasa mahu menitis air mata saya melihat hasil buku ini sudah dibuat atur letak (lay out). Apabila editor, memberikan naskah yang sudah siap, menggigil tanga saya menandatangan buku tersebut. Namun saya masih kontrol Ayu dalam keadaan itu. Saya sangat bersyukur, kerana Allah telah memakbulkan doa.

Jadi perjuangan seterusnya sudah tentu, mahu melihat lebih banyak buku atau karya saya dicetak dan berada di pasaran. Perjuangan ini bermula semula dan pendakian yang baru sedang saya usahakan. Doakan saya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

6 comments:

Wan Anie said...

saya doakan mas, banyak yg saya belajar dari mas terutama motivasi diri dan perancangan

selamat maju jaya mas

tak sangka ada resort yg cantik macam tu kat tok bal, dekat jah dari rumah saya tuh... mace nok gi lalu sero...

Syahida said...

Mas, cantik la resort tu...dah la saya tak pernah sampai Kelantan lagi..'memanggil2' gambar tu...haha

panduan yang sangat berguna (tentang menjadi penulis). terima kasih mas!

Zaila Mohamad said...

samalah dengan Zaila, nama aje anak jati Kelate tapi masih banyak tempat menarik di Kelate yang Zaila xexplore..
cantik resort ni..nampak gaya kena singgah bermalam juga ni bila balik kg..tapi kesian pula kat mak, nanti dio kecik hati pula kalau zaila bermalam di resort, ahaks;)

Masayu Ahmad said...

wan anie

terima kasih atas doa, apalah sangat ilmu saya ini, masih banyak yang kurangnya, moga bermanfaat

itulah, memang banyak resort di kelate, saya sendiri pun masih jakun di negeri sendiri

Masayu Ahmad said...

syahida

memang cantik, resort ini adalah antara resort eklusif dengan harga berpatutan

pesisir pantai kelantan mempunyai pantai putih bersih, jemputlah ke negeri saya

Masayu Ahmad said...

zaila

betul sangatlah zaila, sudah alang-alang balik ke kampung takkan mahu tidak tempat berbayar pulok dok..

tambahan pula sebab balik cuti yang terlalu singkat dan banyak tempat pula mahu tuju

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin