Sunday, June 27, 2010

Hujung minggu di Le Paris

Teks: Masayu Ahmad

Salam hari Isnin buat semua suri. Sekejap sahaja pejam celik, pejam celik Jun akan berkhir tidak lama lagi.
Sabtu dan Ahad mengikuti suami berkumpul dengan rakan-rakan lama, dengan kata lain reunion untuk bekas pelajar-pelajar UTM.

Minggu ini saya masih dalam mood marathon menulis, alahai langsung tidak menyentuh kerja. Memang bercuti sungguh. Hari ini masuk trek semula. Sekarang sedang berlangsung Pesta Buku Selangor, bagi yang berdekatan dengan PKNS Shah Alam boleh megunjungi booth Karangkraf, carilah Oasis. Di situ ada susunan buku saya Jana RM Dari Rumah.

Hati diseru-seru juga mahu ke sana, pada 3 Julai 2010, insya-Allah saya akan berada di sana.

Selamat memulakan tugas buat suri di rumah juga di luar rumah. Harapnya hari ini adalah hari dan minggu terbaik daripada yang sebelumnya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin