Teks: Masayu Ahmad
Alhamdulillah untuk nikmati kesihatan hari ini. Hari ini bersarapan dengan nasi dagang, nasi kerabu dan teh tarik. Sungguh sedap dan kenyang.Masih lagi dalam mood marathon.
Terdapat tiga tahap perkembangan atau fasa bekerja di rumah
Fasa 1- Persediaan dan analisis
1. Persediaan asas, merangkumi banyak persediaan mental dan fizika. Senarai paling utama ialah kewangan, analisis jenis kerja atau bisnes, modal permulaan, sambilan atau sepenuh masa.
Fasa ke 2- Pengembangan dan pemantapan
Sekiranya memilih bisnes, anda perlu mula bersiap sedia bekerja dua kali ganda atau lebih pada dua tahun pertama permulaan bisnes. Seringkali dimomokkan betapa seronoknya bisnes, tetapi apabila anda sudah mula bermula dan beroperasi, hanya mereka yang benar-benar mendalami dunia bisnes akan faham bagaiman meneruskan kelangsungan bisnes. Ini bukan sahaja berkait rapat dengan kajian produk, pasaran, pelan pemasaran, promosi berterusan, motivasi sebagai usahawan, jaringan dan banyak lagi.
Fasa ke 3- Kelangsungan bisnes atau pilihan kerja
Jatuh bangun anda setelah bekerja sendiri banyak berkait rapat apa yang telah usahakan, pelbagai peluang yang datang, menambah ilmu sepanjang hayat. Apa sahaja perkara positif sebagai usahawan adalah apabila anda bijak mengambil peluang dan mencerap perkara-perkara yang boleh meneruskan usaha anda untuk stabil, konsisten dalam perjuangan dan matlamat bekerja sendiri.
Setelah konsisten dan stabil sumber pertama (pendapatan), anda boleh pula mencuba apa sahaja peluang yang datang, kerana pada masa ini modal sudah tidak menjadi masalah. Jika dahulu menjadi usahawan butik pakaian online, mana tahu fasa seterusnya menjadi pengedar, pemborong atau pembekal produk pakaian kanak-kanak untuk usahawan yang baru berkecimpung. Pandangan kaya semakin kaya, inilah situasinya kerana usahawan sudah berjaya dan mempunyai modal dan jaringan yang luas. Jadi langkah untuk memantapkan lagi bisnes dengan menjadi pemborong atau pembekal.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
No comments:
Post a Comment