Pic: Google
Teks: Masayu AhmadAlhamdulillah, badan sudah kembali cergas dan sudah boleh mula memasak. Semalam makan nasi berlauk, hari ini masa sayur pucuk labu lada hitam, ikan bakar, budu dan ulaman. Hujung minggu ini tidak sabar untuk pulang, sudah tentu saya sangat kepingin mahu makan akok kedut, belda merah sejuk, kuih talam ubi dan gulai kawah. Sedapnya. Moga selera saya ini tidak lah terlalu bernafsu sekadar mengambil sekadar yang perlu sahaja.
Ingat sudah mula posing minggu depan, jadual editor pula sudah penuh. Mungkin selepas pulang ke kampunglah saya akan memulakan sesi bergambar ala-ala mak buyung. Risau juga badan yang semakin gebu, tidak mengapalah jika itu pilihan untuk promosi buku saya, maka saya teruskan juga.
Banyak perkara perlu diselesaikan, saya juga membawa segala bahan-bahan penyelidikan untuk menyiapkan manuskrip seterusnya. Sebetulnya saya sudah terbabas tarikh akhir. Namun, saya cuba gandakan untuk menyiapkan manuskrip dengan lebih berkualiti. Saya akan memutuskan hubungan dengan dunia maya, untuk saya fokus bersama keluarga, teman dan juga menyiapkan manuskrip.
Jika di kampung tidaklah nampak seperti saya bekerja, tetapi di dalam kepala asyik berfikir-fikir mahu mencari masa yang sesuai untuk menyiapkan kerja. Pun begitu kualiti bersama keluarga adalah keutamaan, memandangkan bukan selalu dapat berkumpul ramai.
Doakan kami selamat pulang dan kembali. Kalian boleh terus ke sini, jangan lupa menyertai peraduan aku mahu buku Jana RM Dari Rumah. Sebenarnya ada dua lagi hadiah untuk pemenang iaitu kerongsang tajaan http://kedaihuffaz.blogspot.com/ dan juga tudung dari http://www.nazira.biz/.
Anda akan mendapat buku, kerongsang dan tudung. Maksudnya dapat tiga hadiah sekaligus. Mengapa seorang atau dua sahaja yang dapat. Kerana saya mahu sekali dapat hadiah berbaloi-baloi. Boleh pakai tudung sambil disematkan kerongsang yang cantik. Serta mendapat ilmu. Tunggu apa lagi moh lah sertai ramai-ramai.
Syaratnya sangat mudah sebagaimana yang sudah saya tulis, tidak semestinya jadi follower, atau perlu meletakkan pautan. Sekadar meletakan di side bar buku tersebut dan pautan ke sini, serta menyiarkan entri tentang peraduan. Juga bagi yang menyertai ulasan buku, buat ulasan sebagaimana yang anda boleh buat, editor akan menilainya kelak, bukan saya.
Selamat berhujung minggu, bercuti dan menikmati hari berkualiti bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment