Monday, June 28, 2010

Kelebihan operasi skala kecil / bisnes dari rumah

Teks: Masayu Ahmad
Petikan: Muka surat 83, 84, buku Jana RM Dari Rumah

Salsah satu kesalahan yang sering kali berlaku dalam kalangan usahawan yang baru dan kurang berpengalaman ialah beranggapan perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi memulakan bisnes. Brian Amstrong dalam bukunya Breaking Free: How to work at Home with Perfect Small Business Opportunity menyarankan beberapa kriteria penting dalam memulakan bisnes berskala kecil terutamanya perlu mengurangkan kos dan berjimat.

Tidak perlu menyewa pejabat

Boleh menjadikan salah satu ruang atau bilik sebagai operasi pejabat. Bukan sahaja bebas daripada membayar sewa, malah anda sangat beruntung berada di pejabat yang terletak di rumah sendiri.

Tidak memerlukan pekerja

Terdapat jenis bisnes yang tidak memerlukan bantuan pekerja, anda boleh melakukannta sendiri. Memandangkan operasinya kecil, jadi penjimatan masih boleh berlaku kerana tidak perlu mengeluarkan kos upah.

Elakkan menghadiri mesyuarat yang kurang penting

Sudah semestinya sebagai pemilik, anda mahukan sasasaran pendapatan bulanan yang konsisten. Bagi perkara-perkara yang kurang penting, anda tidak perlu menghadirinya. Hanya fokus kepada perkara yang boleh memberi kesan kepada pendapatan syarikat. Pilih aktiviti yang lebih menjadi keutamaan.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin