Sunday, June 6, 2010

Ulasan pembaca Jana RM Dari Rumah- Peserta 3 (B)

Sumber: Peserta 3 (B)- http://warkahdarimama.blogspot.com/2010/06/jom-jana-rm-dari-rumah.html

Sudahkah anda memiliki buku ini? Jana RM dari Rumah oleh MasAyu Ahmad.

Sudah lebih kurang 3 minggu mama memiliki buku ini. Kata pepatah Inggeris, Don't Judge A Book by Its Cover, tapi kulit buku ini sahaja sudah cukup menggambarkan isi dalamnya yang serba padat, bernas dan menarik.

Sebagai pengunjung setia blog naufalsayang.blogspot.com, pastinya mama tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan senaskhah buku ini walaupun mama tidak pernah mengenali penulis secara dekat sebelum ini. Yang paling istimewa, buku ini telah ditandatangani sendiri oleh penulis. Terima kasih Mas!

Sebagai salah seorang individu yang sedang berusaha menjana RM dari rumah, buku ini berjaya membuka minda mama tentang skop-skop bekerja dari rumah yang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini. Contoh-contoh kejayaan sebenar bukan sahaja telah membuka mata mama, malah turut memberi inspirasi dan juga motivasi untuk mama terus berusaha gigih dan melakar kejayaan peribadi.

Syabas kepada penulis dan penerbit, Oasis Book Sdn Bhd. atas terbitan buku yang berkualiti dan berinformasi.

Akhir kata, Jana RM dari rumah bukanlah semudah ABC. Namun, dengan keazaman, usaha dan sokongan padu dari keluarga tercinta, ia-nya bukan lagi sekadar impian semata-mata, malah satu MISI yang bisa dicapai dan memberikan NIKMAT kepuasan bekerja yang tidak terungkap dengan kata-kata.


Jangan lupa dapatkan senaskhah ye!





1 comment:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin