Teks: Masayu Ahmad
Salam hujung minggu, agaknya apa aktiviti suri sekalian ya. Apabila berakhirnya episod alahan malas saya, alhmadulillah saya merangka semula jadual kerja. Disebabkan saya ini cepat boring, jadi selalu bertukar jadual. Suka-suki saya sahaja.
Rumah kemas, singki kosong, lantai sudah harum, bilik air sudah wangi, diri rasa lapang selapangnya. Juga kain baju gunung everest sudah selesai dikerjakan. Tinggal lagi ada masa 1 jam daripada sekarang mahu mengemas dua beg baju dan berangkat lah saya untuk keluar dari Kuala Lumpur buat seketika. Sekejap sahaja bukannya lama. Jadi sebelum jiwa tenang berantakan, haruslah meninggalkan rumah dalam keadaan bersih. Apabila balik kelak, jiwa tenang saya kekal tenang-setenangnya. ;D
Kekal tenang
Semua orang mahu tenang dan relaks apatah lagi saya, dalam keadaan sekarang saya lebih suka fikiran santai sahaja. Walaupun kerja bersusun perlu dikerjakan, saya buat nampak tak nampak sahaja. Tetapi tugas tetap tugas, kerja menulis perlu berjalan seperti biasa. Di mana-mana sahaja tetap ada buku untuk saya baca, mencari informasi untuk karya saya.
Apa manuskrip seterusnya ya?
Buku seterusnya adalah kesinambungan daripada buku yang sudah terbit. Ia adalah bersiri, jadi selepas kalian membaca buku yang pertama, akan menyusul buku yang akan menjawab persoalan-persoalan apa lagi yang harus dilakukan.
Testimoni sebenar
Saya akan menerjah pengusaha-pengusaha atau usahawan wanita yang sudah sukses, buka yang baru bermula. Usahawan yang ini sama ada sudah ada bisnes konvensional atau sudah melebar sayap dalam pemasaran menggunakan internet. Insya-Allah.
Inilah yang membuatkan saya cintakan bidang kewartawanan, boleh bertemu pelbagai watak dalam kehidupan. Tidak kira kaya, miskin, tua muda, sukses, bergaya. Apa yang nyata setiap kali menemubual individu tertentu saya suka mencerap aspek positif, terutama apabila berdepan dengan pakar motivasi atau usahawan yang sudah sukses.
Ada satu ruangan dahulu, apabila menemuramah doktor atau pakar, jadi secara tidak langsung kita mendapat informasi secara percuma. Sambil menemubual boleh mencelah apa masalah yang pernah kita hadapi. Sambil menyelam minum air. Namannya mencari maklumat, kadangkala maklumat yang diperolehi sangat berguna pula untuk diri sendiri.
Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/
2 comments:
nak bercuti ke mana mas?
wan Anie
dekat je wan, dekat dengan PD, tapi tak sampai PD pun
Post a Comment