Saturday, June 19, 2010

Selamat jalan alahan Malas

Teks: Masayu Ahmad

Berpagi-pagi ini menghirup segar udara pagi minggu yang sungguh menenangkan. Aura tenaga dan motivasi kembali menerjah diri. Saya sedang menjejaki bulan teakhir dan memasuki bulan ke empat. Insya-Allah. Kehamilan kali ini alhamdulillah saya diberi kesihatan yang cukup baik, tiada langsung, letih atau muntah. Cumanya alahan Malas tahap dewa. Malas kemas rumah, basuh kai baju, malas menulis, malas membaca, malas segala-gala. Apa pun saya cuba gagahkan diri juga buat segala kerja, walau perlahan tetapi konsisten.

Sejak semalam rasanya alahan malas ini sudah semakin pulih dan hari ini saya rasa sepenuhnya sudah tidak ada alahan malas. Sangat pelik dengan sikap begini. Tetapi tidak terlalu mengikut alahan ini, saya takut nanti berjangkit pula pada anak, lahir nanti jadi pemalas.

Kembali ke trek

Jadual penulisan saya adalah setiap hari, setiap bulan dan sepanjang tahun. Jadi sudah beberapa bulan bertangguh, kini saya mula mengandakan masa saya untuk menyiapkan manuskrip. Mudahan saya kekal konsisten penuh tenaga untuk berkarya.

Mahu melihat lebih banyak buku saya di atas rak kedai-kedai buku utama. Ya, itulah sasarannya. Apabila melihat sudah ramai penulis yang berjaya, bukan sekadar mendapat royalti lumayan, tetapi yang penting prolifik. Iaitu mampu menulis berterusan tanpa henti, sehinggalah menutup mata.

Saya masih dalam mood perjuangan. Perjuangan seorang penulis wanita, yang berstatus isteri dan ibu. Sudah tentu peluang ini perlu saya gunakan sepenuhnya. Masa dan peluang ada di depan saya, tidak boleh lagi melengah-lengahkan masa.

Cukup-cukuplah berehat

Cukuplah saya berehat dan melayan alahan malas, masanya untuk saya bekerja dan bekerja. Kerana beberapa matlamat penting masih belum saya gapai. Akan saya usahakan sehingga selesai. Ya, Allah permudahkan segala-gala. Permudahkan usaha, perluaskan rezeki, lariskan hasil karya, mudahkan otak mencerna bait-bait ayat yang memberi manfaat kepada ramai wanita lain. Wanita sahaja ke? Tidak juga, lelaki pun boleh, kerana ramai juga lelaki yang membe;i buku Jana RM Dari Rumah.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com'/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin