Wednesday, June 9, 2010

Salam ceria pagi Khamis 10 Jun 2010

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih sayang buat suri sekalian. Alhamdulillah ketenangan kembali bermukim. Semalam saya mengalami turun naik emosi tidak menentu. Mungkin juga salah hormon (salahkan hormon pula, ya). Hari ini menikmati suasana pagi yang sungguh tenteram.

Kabus balik bukit, udara segar, juga titisan air hujan yang berbaki semalam. Jalan raya kelihatan masih basah, suasana redup dan sejuk sungguh memberikan satu perasaan yang sungguh mengujakan.

Inilah namanya catatan kehidupan, pelbagai rencah. Saya tidak mahu mengambil sikap berlamaan-lamaan dalam perasaaan negatif. Mujur hari ini sudah kembali sedia kala. Betapa bersyukur dengan nikmat kehidupan yang diperolehi kini. Walau sederhana, ia sudah cukup buat diri dan keluarga.

Balik kampung

Hari ini perlu menguruskan persiapan, esok mahu pulang. Sangat tidak sabar untuk sampai. Apapun doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali. Kenduri kahwin adalah antara acara yang perlu dihadiri.

Tugasan sentiasa ada

Sebelum balik dan kembali, harapnya saya kekal cergas dan bertenaga untuk menyiapkan tugasan. Mudah-mudahan segalanya lancar. Kembali ke Kuala Lumpur saya akan mulakan sesi pergambaran untuk promosi buku. Insya-Allah

Laman web jualan buku

Insya-Allah juga laman web jualan buku akan mula beroperasi tidak lama lagi. Pilihan buku sudah tentunya buku-buku yang sesuai bagi suri atau sura yang ingin memulakan kerja atau bisnes dari rumah. Saya sendiri akan membuat ulasan buku-buku tersebut. Saya akan khatam terlebih dahulu, sebelum menyarankan kepada pembaca.


Buku-buku yang akan dijual kelak, adalah hasil karya sendiri, buku motivasi kerjaya, motivasi bisnes, koleksi buku-buku pelbagai kategori bisnes, pembangunan diri, motivasi wanita, dan juga beberapa genre pilihan. Ini adalah impian saya sejak daripada dahulu, memiliki kedai buku. Tetapi konsep kali ini sudah tentu jualan online, iaitu bisnes dari rumah sahaja. Tumpuan saya masih lagi menyiapkan buku tulisan sendiri mengikut sasaran saya. Doakan semoga ia berjalan sebagaimana yang dirancang.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

4 comments:

Wan Anie said...

mas, hari ni khamis mas bukan selasa.... :D

Normi Hj Mat Yusof said...

KAK MAS, ASSALAMUA'LAIKUM

buku jana rm dr rumah, saya nak satu boleh? kakmas wi detail ya. pos ko sabah.

Masayu Ahmad said...

ok, nanti kak mas email ya

Zaila Mohamad said...

Semoga selamat sampai ke kampung halaman..Zaila pon rindu nga nasi kerabu daging bakar tapi apakan daya, kami tak dapat pulang lagi..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin