Monday, June 21, 2010

Tempahan Jana Rm Dari Rumah dibuka-kos pos percuma

Teks: Masayu Ahmad

Salam pagi Selasa, alhamdulillah, hari ini seperti rutin biasa menyiapkan sarapan pagi sandwich telur dan kopi radix. Hati terasa lapang rumah sudah kemas. Lama betul saya mengambil masa membersihkan rumah, alhamdulillah hati tenang apabila urusan rumah tangga sudah beres.  Rutin biasa adalah memberi fokus menyiapkan manuskrip, insya-Allah. Untuk tempahan Jana RM Dari Rumah sudah boleh ditempah mulai sekarang. Kali ini kos pos adalah percuma. Hanya perlu bayar RM15 sahaja.

Diskaun RM5 buat pembeli terdahulu

Lama betul saya berfikir-fikir, ini kata putus yang saya perolehi semalam. Bagi suri-suri yang sudah pun membeli buku Jana Rm Dari Rumah, untuk belian buku saya seterusnya, kalian boleh mendapatkan harga diskaun RM5. Jadi jika buku harga RM15, kalian boleh dapatka harga RM10 sahaja. Hanya kepada mereka yang sudah membeli melalui penghantaran pos sahaja, saya ada senarai nama-nama tersebut. Gunakan RM5 (diskaun) ini untuk dapatkan buku seterusnya, ok. Doakan juga buku yang seterusnya cepat siap. ;D

Jumpa saya di Pesta Buku Selangor 3 Julai

Jika mahu berkenalan dan berjumpa saya, datanglah ke Pesta Buku Selangor, saya ada di booth Oasis pada 3 Julai 2010. Perkenalkan diri kalian ya (jika lah ada yang mahu jumpa ;)). Maklulmlah saya ini penulis baru, datang memberi sokongan kepada industri buku disamping mengenali pembaca dengan lebih dekat.

Nota: Untuk tempahan Jana RM Dari Rumah, klik di sini

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com'/

2 comments:

YaQuut @ Firdaus said...

Salam Puan Masayu,

Saya ingin membuat tempahan buku ini sebuah sahaja, insya-Allah.

Puan Firdaus binti Md Tahir
HRA Enterprise
No 1, Jalan Gombak Ria,
Taman Gombak Ria,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel : 013-6697267

Terima kasih atas balasan mesej di FB. Saya amat menghargainya. Insya-Allah, saya juga akan memulakan langkah sepertimana Puan.

Mohon dititipkan kata semangat untuk diri ini. Terima kasih.

Masayu Ahmad said...

Salam kembali Puan Fir,'

Terima kasih atas tempahan, semoga ini adalah salah satu usaha, untuk usaha seterusnya

salam sukses dari saya, ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin